Saturday, March 27, 2021

PRU-15: UMNO TIADA PILIHAN LAIN- MESTI MENANG: MOHAMMAD HASSAN

UMNO mesti menang pada PRU-15. Itu lah prasyarat untuk parti itu kembali bangkit sebagai peneraju negara.

Umno tidak boleh hanya menyokong, Umno wajib sebagai ketua.

Berhadapan dengan PRU-15, Umno tidak memaksa sesiapa untuk bergabung, tetapi hanya menjemput bekerjasama menerusi BN, tanpa ikatan ketat, tetapi hanya persefahaman longgar, sebagai misi untuk membentuk kerajaan, dengan tunjang utama adalah Umno.

Pendirian Umno itu, dengan sendirinya melenyapkan mana-mana parti yang berhasrat menerajui negara untuk bekerjasama dengan parti itu dalam PRU-15.

Mendengar Ucapan Perasmian Timbalan Presiden Umno- Datuk Seri Utama Mohammad Hassan pada PAU-2020, bagi tiga sayap-Wanita, Pemuda dan Puteri; sangat jelas- TIADA kerjasama dengan parti-parti yang mahu menjadi ketua, kerjasama hanya dengan parti-parti yang menyokong parti itu supaya menjadi ketua.

Menerusi ucapan itu juga, Timbalan Presiden melontarkan sindirian pedas kepada pemimpin Umno yang mempunyai jawatan dalam kerajaan PN, dengan dakwaan, “luar’ sahaja cap Umno, tetapi dalam adalah cap parti lain. Menerusi sindirian tersebut, dengan sendirinya, Timbalan Presiden itu mahu “membangun” kecuriagaan terhadap para pemimpin tersebut.

Walaupun ucapan Timbalan Presiden Umno itu, secara langsung dan tidak menyebut nama Parti Bersatu, tetapi tersirat dengan nyata bahawa TIADA kerjasama dengan parti berlambang bunga tersebut, kecuali, pemimpin parti itu bersedia undur ke belakang untuk memberi laluan kepada pemimpin Umno maju ke hadapan.

Ucapan perasmian Datuk Seri Utama Mohammad Hassan dipenuhi dengan kebarangkalaian politik, walaupun demikian, semua kebarangkalian itu perlu memenuhi satu kunci “Umno perlu menjadi bos” TIADA komprominya mengenainya.

Mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengan Umno menerusi flatform BN, maka wajib bersedia, Umno kena menjadi ketua..Full Stop!!!.

No comments:

Blog Archive