BUKAN kah Bersatu menyebabkan UMNO boleh menjadi sebahagian Kerajaan, sebelum PRU-15.
Kerana Bersatu, setidak-tidaknya Umno tidak menjadi
pembangkang sepenggal.
Kerana pengorbanan beberapa MP Umno yang menyertai Bersatu,
maka menjadi katalis kepada mantan separti mereka menjadi sebahagian daripada
kerajaan.
Sebahagian daripada kerajaan, maka dapat membantu rakyat
yang diwakili, kerana peruntukan dapat disalurkan.
Tidak terfikirkan oleh mereka kah, jika MP seperti Hamzah Zainuddin, atau Ronald
Kiandee tidak menyertai Bersatu, apa kah Kerajaan PH akan tumbang?
Kata kan lah, tiada seorangpun MP Umno menyertai Bersatu,
apa kah UMNO boleh menjadi sebahagian Kerajaan di Peringkat Persekutuan, Johor,
Melaka, Perak, dan Kedah? Sebelum
PRU-15?
Kerana tumbangnya kerajaan PH, maka telah berimpak di Sabah,
sehinggakan pada PRN-16 Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat menubuhkan
kerajaan.
Memang benar, menerusi beberapa PRK selepas PRU-14, Umno
berkerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional, menang beberapa PRK,
termasuk menawan kawasan yang dimenangi PH pada PRU-14, seperti Parlimen
Tanjung Piai, DUN Semenyeh. Pun demikian, kemenangan itu tidak mengubah
kedudukan kerajaan PH.
Kerana susun atur para wakil rakyat Bersatu, yang mahukan
kerajaan yang bebas cengkaman Anwar dan DAP, seperti juga matlamat UMNO dan
PAS, maka tertubuh lah Kerajaan Perikatan Nasional.
Di Sabah, semasa PRN-16 Sabah majoriti rakyat telah
menterjemahkan visi tersebut, apabila memberi sokongan kepada GRS yang
dianggotai UMNO, Bersatu, STAR, PBS, PBRS, MCA, MIC, PAS dan SAPP.
Apa kah UMNO tidak melihat isyarat yang diberikan rakyat,
bahawa Umno, Bersatu, Pas dan parti-parti yang menyokong dilihat sebagai sebuah
entiti?
Mengapa Umno tidak mahu akur dengan aspirasi rakyat yang
telah berubah? Dan tidak mengambil iktibar, bahawa parti itu kehilangan
penguasaan julung kalinya pada
PRU-14, sebagai sebuah parti yang
menjadi tulang belakang kerajaan sejak merdeka. Atau kah, kerana menang
beberapa PRK, maka menganggap bahawa sokongan terhadap parti tersebut telah
pulih?
Betul, di antara semua parti di negara ini, Umno adalah
parti yang mempunyai ramai ahli, tetapi jumlah ahli yang teramai, tiada jaminan
disokong majoriti rakyat.
Dalam senario politik sekarang, Umno perlu percaya dan
berpijak dibumi nyata, parti itu
memerlukan rakan seperti Bersatu dan Pas, untuk mendapat sokongan majoriti
rakyat, bukan terhad pada PRU-15.
Bermusuh dengan Bersatu, merugikan Umno dan juga Pas, apa
tah lagi jika berlaku pertembungan dalam pilihan raya. Umno dan Pas sudah
merasai peritnya kekalahan, apabila bertembung pada PRU-14. Keadaan itu akan
berulang, jika Umno dan Bersatu gagal mencapai kesepakatan jitu menjelang
PRU-15.
Atau kah, Umno tiada pilihan berlawan dengan Bersatu dalam
politik, kerana untuk kepentingan pemimpin parti itu yang mahu bertanding untuk
menjadi Yang Berhormat!!!, kerana tanpa Bersatu, maka tiada pertindihan agihan
kerusi.
Melihat kenyataan-kenyataan segelintir pemimpin Umno,
masalah utama bermusuh dengan Bersatu, adalah berkaitan kerusi tradisi. Bagi
Umno, kerusi tradisi adalah jaminan untuk parti itu mengekalkan kerusi-kerusi,
khususnya kerusi yang dimenangi pada PRU-14.
Umno perlu memikirkan walaupun parti itu boleh menang 80
kerusi parlimen seperti mana rekod parti itu, akan tetapi memerlukan 32 kerusi
daripada parti-parti lain untuk mendapatkan majoriti mudah daripada 222 kerusi
Dewan Rakyat. Dalam senario politik sekarang, kebarangkalian untuk menang 80
kerusi parlimen, tidak seperti mana harapan para ahli Umno, kerana terbukti
pada PRN Sabah, banyak kawasan tradisi parti itu, gagal dirampas semula atau
ada juga gagal dipertahankan. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment