Sunday, January 24, 2021

MISI SEBENAR ANWAR AND THE GENG

Tan Sri Muhiyiddin Yassin boleh sahaja pada bila-bila masa menghadap YDPA untuk membubarkan parlimen.

Jika parlimen dibubarkan dalam keadaan darurat ini, pilihanraya tidak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. 

Jika caretaker goverment ditubuhkan, ianya tiada had masa, kerana negara sudah dalam keadaan darurat. 

Mungkin juga tindakan Datuk Seri Anwar bersama-sama dengan 114 AP, mahukan parlimen dibubar dalam masa darurat ini, sebab itu mereka melakukan berbagai karenah, mulanya mendesak parlimen bersidang, kini bertukar pula, hendak membentuk kerajaan, dengan alasan TSMY kehilangan sokongan. 

Kepada pembangkang, jangan lah paksa TSMY undur ke penjuru dinding, sehinggakan tiada pilihan, selain memohon parlimen dibubarkan. 

Hakikatnya rakyat melihat AP pembangkang, langsung tiada tanda bersyukur, walaupun negara dalam keadaan darurat, parlimen tidak dibubar, yang membolehkan semua AP, ADUN, boleh berkhidmat seperti biasa. Jika parlimen dibubar, maka semua mereka itu kembali seperti rakyat biasa. 

Mungkin mereka ini, sudah bosan berkhidmat dalam keadaan pandemik covid-19 ini, kerana tiada kemampuan membantu rakyat yang diwakili. 

Bagi mereka, jika parlimen dibubar, maka semua AP apa kah yang menyokong kerajaan atau yang tidak berstatus sama, seperti orang biasa. Mungkin itu lah maksud dan tujuan Anwar and the geng!!!

No comments:

Blog Archive