Wednesday, January 20, 2021

MENGAPA DARURAT JADI ISU?

EMPAT PULUH TIGA (43) tahun, Malaysia dalam keadaan darurat (1969-2012), tidak pun menjadi isu.

Dalam tempoh masa itu, termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. 

Walaupun sidang parlimen hanya bermula pada Februari, 1971 sebagai implikasi darurat 13 Mei, 1969, selepas itu pilihanraya berjalan seperti biasa, sidang parlimen seperti biasa. 

Sejarah darurat di Malaysia, tidak pernah menyeleweng daripada tujuan proklamasi darurat tersebut. 

Apa isunya darurat kesihatan kerana covid-19 yang berkuatkuasa antara 11 Januari hingga 1 Ogos? 

Walaupun parlimen tidak bersidang, akan tetapi belum terbubar. Fungsi ahli parlimen seperti biasa, fungsi kerajaan seperti biasa, demikian juga fungsi kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan tidak berubah, hanya mungkin ada tambahan tugasan sesuai dengan matlamat darurat, iaitu melawan pandemik covid-19 dan juga kesannya terhadap ekonomi. 

Mengapa ahli parlimen yang cerdik pandai termasuk yang ada PhD, calon PhD masih tidak faham tujuan proklamsi darurat tersebut? Kalau ahli parlimen pembangkang mempertikan proklamasi tersebut, memang tugas mereka, apa kah tindakan kerajaan itu betul atau tidak, tetap sahaja dibantah atau dipertikai. Menurut Salahuddin Ayob, kalau mereka tidak main politik, nak main apa? Congkak!!!. 

Kalau ya pun, tidak jadi menteri, kes mahkamah tidak digugur, jangan lah bertindak melawan aspirasi rakyat. 

Masa ini, rakyat secara umumnya gelisah, bukan sahaja kerana berhadapan virus pembunuh, juga memikirkan, entah esok lusa, masih ada makanan kah tersedia di atas meja. 

Para ahli parlimen yang menyokong kerajaan, kena letak dalam fikiran masing-masing, kerajaan itu tiada tongkat sakti atau magis, berhadapan dengan mahkluk yang tidak nampak, berhadapan krisis ekonomi yang melanda sejagad. 

Para pemimpin yang diberi amanah, hanya merancang, mengatur, dan mudah-mudahan semua perancangan, tindakan, strategi, diperumdahkan oleh Tuhan Yang MahaEsa. 

Jangan lah jadi penghalang, pembantut, apatah lagi mensabotaj, kerana kerajaan sedang berusaha menyelamat nyawa rakyat, sedang menyelamatkan kebajikan rakyat. Atas sebab itu, YDPA, memperkenankan proklamasi darurat, sebagai penyokong kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tidak kah para ahli parlimen yang masih mempertikai darurat mengambil perhatian, bahawa berasaskan trend jangkitan covid-19 dalam negara, seperti mana unjuran KKM, bahawa jumlah kes positif harian akan meningkat ke angka 5000 pada minggu ke-3 bulan Februari dan pada Mac akan mencecah 8000 kes positif harian.

3 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Artikel bodoh! Isu yg PENTING ialah PENGGANTUNGAN Parlimen & UNDG2 PERLEMBAGAAN, serta Sistem Demokrasi Berparlimem skrg., bukannya ada RUSUHAN @ PERANG mcm. Rusuhan Mei 1969!

Tgk. juga PEGUAM LONGKANG dr. UMNO-PENJILAT Melayu2 BERSATU liberal ni - yg. juga nak MENIPU psl. UNDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3) - yg. TAK DAK lansung sebut ttg. PARLIMEN perlu diGANTUNG - bahkan PARLIMEN perlu berSIDANG utk. BERDEBAT berdasarkan Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Sistem Semak & Imbang walau di payungi Sistem Raja Berperlembagaan - ttg. PROKLAMASI DARURAT & ORDINAN2 DARURAT!!

Lihat di -
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/777841/ordinan-darurat-azalina-tolak-gesaan-umno-agar-bersetuju-sidang

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Dan DYMM SPB YDPA - PERKENANkan DARURAT sbb. diTIPU & diPERANGKAP oleh NASIHAT si DIKTATOR Muhyiddin!!

Maka,kali ni SETUJU dgn. Khairuddin ni - sbb., adakah SAH utk. DIKTATOR Muhyiddin MENASIHATI DYMM SPB YDPA utk. perKENANkan DARURAT, apalagi DARURAT POLITIK muhyiddin/BERSATU liberal amat JIJIK - sdgkan muhyiddin dah HILANG Majoriti, di DEWAN RAKYAT, maka perlu meletakkan jawatan sbg. PM berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN?!

Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/18/khairuddin-saman-muhyiddin-berhubung-pengisytiharan-darurat/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Dan tgk. ni, walaupun 80 negara2 telah umum Darurat COVID-19 - hanya rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal-PN yg. sewenangnya MENGGANTUNG akan PARLIMEN!!

Maka DARURAT kalau nak menangani COVID-19 dgn. JUJUR - patut TAK dak kaitan pun dgn. PENGGANTUNGAN Parlimen sewenang2nya - yg. mengHAPUSkan Sistem Demokrasi Berparlimen utk. Sistem Semak & Imbang, walau diPAYUNGI Sistem Raja Berperlembagaan - yg. keduanya, menjadi ASAS kpd. pembentukan KERAJAAN PERSEKUTUAN!

Lihat di - https://malaysiagazette.com/2021/01/20/tengku-zafrul-perlu-jujur-najib/

Blog Archive