Thursday, December 31, 2020

KERAJAAN GRS JADIKAN PEMBANGUNAN EKO TANJUNG ARU JADI KENYATAAN

PENULIS masih ingat Pelancaran Pembangunan Eko Tanjung Aru pada 16 September, 2013 bertempat di Taman Prince Phillip oleh mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Kebetulan hari pelancaran tersebut, telah genap 50 tahun penyertaan Sabah dalam Malaysia. 

Acara gilang gemilang tersebut, turut dihadiri Mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bersama isteri, mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin (kini Perdana Menteri ke-8 Malaysia) bersama isteri. 

Semasa pelancaran tersebut, Musa mengingatkan rakyat Sabah bahawa Pantai Tanjung Aru mempunyai catitan sejarah yang amat panjang bagi rakyat Sabah, selain cerita-cerita nostalgia lain. 

Pantai Tanjung Aru, di masa lalu, merupakan kawasan yang dekat dengan hati rakyat, khususnya mereka yang mencari ketenangan, kerana dikurniakan pantai yang cantik, air laut yang landai, serta pemandangan indah di masa sore, khususnya saat-saat matahari terbit. 

Keindahan semulajadi tersebut, kerana perkembangan masa, mula terhakis, kerana perubahan alam, seperti hakisan, kawasan pantai yang menyempit, selain tanah-tanah lapang yang tidak terurus. 

Adalah merugikan generasi akan datang, jika hanya mendengar cerita-cerita atau gambaran pantai tersebut di awal kemerdekaan atau jauh sebelum itu. Atas sebab itu, kerajaan Sabah era Barisan Nasional Sabah, mengambil inisiatif untuk membangunkan Taman Prince Pillip mendekati keadaan lampau, menerusi pendekatan moden, semata-mata untuk diwariskan kepada generasi akan datang. 

Kerja-kerja memulihkan dan pembangunan telah bermula pada tahun 2017, namun kelancaran pembangunan tersebut terbantut, apabila Kerajaan Sabah bertukar. 

Kini, menerusi Kerajaan GRS, yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor yang juga merupakan anggota kabinet era Musa semasa pelancaran pembangunan Eko Tanjung Aru, meneruskan pelan pembangunan seperti mana dirancang 7 tahun lalu. 

Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru adalah syarikat milik kerajaan negeri Sabah di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah. 

Dianggarkan Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru akan menelan kos RM7bilion. Apabila siap kelak, kawasan tersebut bakal menjadi ikon pelancongan bukan sahaja di Sabah akan tetapi negara ini.

Juga menerusi pembangunan tersebut, bakal membuka banyak peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak Sabah.

Terletak di pundak Datuk Ismail, untuk merangka, merancang, bagai mana melibatkan seramai mungkin anak-anak Sabah menerusi Projek mega tersebut.

Semalam Kerajaan Negeri melantik Datuk Ismail Abdullah mantan Pegawai Kanan kerajaan yang telah bersara, untuk menerajui Projek tersebut. 

Ismail, semasa berkhidmat dengan kerajaan telah menjawat berbagai kapasiti, termasuk Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi (EPU) Sabah.

No comments:

Blog Archive