Saturday, December 05, 2020

KEMELUT POLITIK PERAK TIDAK AKAN BERJANGKIT KE SABAH

ADALAH diakui tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak, kerana ditumbangkan sendiri oleh parti yang menyokong, iaitu UMNO.

Kerusi yang dimiliki UMNO adalah hasil pilihan raya PRU-14, demikian juga kerusi-kerusi yang dimiliki parti-parti lain. 

Kerusi-kerusi yang dimenangi masing-masing parti berbeza flatform, kerana UMNO sebahagain daripada BN yang berlawan dengan PAS dan Bersatu semasa PRU-14. 

Berbeza dengan kedudukan Sabah, kerusi UMNO adalah sebahagian daripada kerjasama antara Bersatu, PAS, STAR dan SAPP serta PBS dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN-16 Sabah. 

Status UMNO nampak sama, tetapi berbeza keadaan. Atas sebab itu, kemelut politik Perak, tidak akan berjangkit ke Sabah. 

Anggapan Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, sebagai impak kepada kemelut Perak, maka akan berjangkit di negeri Johor, Melaka dan Sabah. 

Umno Sabah mempunyai status autonomi, ertinya perjalanan politiknya ditentukan oleh para pemimpin Sabah. 

Melihat keserasihan antara para pemimpin GRS, tidak akan berlaku saling menjatuhkan, kerana mereka faham, rakyat Sabah telah memberi mandat kepada mereka sebagai sebuah entiti, iaitu menerusi GRS. 

Memang keinginan Warisan Plus atau PH, UMNO Sabah bertindak selengkoh dengan PN Sabah, supaya mereka dapat mengangok di air keruh, dan seterusnya boleh membentuk kerajaan. 

Penulis yakin, dengan kematangan para pemimpin UMNO Sabah, tidak akan tersirat mengikut langkah Perak, kerana langkah Perak, bukan lah tauladan yang baik. Langkah Perak, telah mendedahkan bahawa TIADA penghormatan terhadap SETIAKAWAN. 

Keputusan Parti PAS untuk tidak menyertai Kerajaan yang bakal ditubuhkan yang diterajui UMNO Perak, sebagai manifestasi kepada SETIAKAWAN. 

Penulis yakin, kerajaan GRS Sabah akan kukuh, apapun kemelut politik di Semenanjung. GRS akan “cross the bridge” apabila perlu membuat keputusan di masa hadapan.

1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Artikel2 ANTI-UMNO bangang tak habis2 di blog tak guna ni!!

DYMM Sultan Perak - sbg. KETUA AGAMA ISLAM Negeri - bertanggungjawab mengHALANG akan MUSUH2 Islam/Melayu dr. rejim PENJAJAH Zionis PH Parasit- DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR HOMO/DAP Parasit PENIPU ni berKUASA balik dgn. ZALIM, RASIS, FASIS, TAMAK, BUAS & RAKUS!!

Tolong GANTIkan sj. MB PERAK dgn. Pemimpin UMNO - yg. mmg. BERHAK!!

Di - http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/3-ketua-parti-ph-menghadap-sultan-perak.html?m=1

Blog Archive