Wednesday, April 01, 2020

PAKEJ BANTUAN COVID-19 KERAJAAN SABAH-DISEBALIK KEKECUHAN

TERJAWAB mengapa, bantuan daripada parti politik atau perorangan terpampang gambar penyumbang. Tujuannya supaya tidak berlaku kekeliruan.

Rakyat yang menerima bantuan daripada parti politik atau perorangan, akan bersyukur, berapapun kuantiti yang diterima, kerana sifat bantuan itu sendiri adalah sukarela berasaskan kemampuan penyumbang.

Berbeza anggapan rakyat, jika sumbangan itu berpunca daripada Kerajaan, kerana rakyat tahu, sumbangan itu bukan daripada parti atau perorangan, akan tetapi DUIT kerajaan.

Mengulas kekecuhan berkaitan Pakej Bantuan COVID-19 Kerajaan Sabah, khususnya berkaitan dana untuk makanan yang berjumlah RM18juta untuk 60 DUN seluruh Sabah, apabila terdedahnya surat pekeliling/panduan kos yang bernilai RM100 setiap Ketua Isi Keluarga (KIR) dan peruntukan RM100,000 setiap DUN, serta sasaran hanya 1,000 KIR setiap DUN. 

Penulis pelik, mengapa ada keputusan sasaran 1000 KIR? apa kah pada peringkat awal PKP selama 14 hari, diperkirakan hanya 1000 itu akan putus makanan? kemudiannya fasa ke-2 akan ada 1000 lagi putus makanan? dan seterusnya fasa 3 1000 KIR terakhir putus makanan? Mungkin kah Kerajaan terfikir, apabila bayaran one-off RM500 dan RM300 dibayar, maka fasa pertama 1000 KIR, fasa ke-2 tidak putus makanan? kerana ada wang tunai sudah untuk beli keperluan dapur?

Penulis fikir, demikian lah rumusan perbincangan para pelaksana pakej bantuan COVID-19 Kerajaan Sabah. Namun, apa yang berlaku, apabila fasa pertama pengagihan, rakyat tidak mempertimbangkan itu semua, melainkan, siapapun rakyat, akan diberi bantuan, tidak ambil kira lah, bahawa mereka itu mempunyai cukup makanan, dan mempunyai kemampuan untuk membeli.

Perkara kedua lagi yang menybebabkan kekecuhan, apabila pakej bantuan itu diberikan pada kontraktor yang bermatlamat keuntungan. Banyak ulasan para kontraktor itu, kononnya mereka terpaksa membayar gaji pekerja, kos pengangkutan, malah ada kontraktor mencabar untuk mencari pembekal, yang boleh menghantar barangan sesuai dengan nilai RM100.. Selain itu, ada pemimpin Warisan yang berjawatan dalam kerajaan mengsahkan, bahawa para kontraktor itu perlu membayar 5% lesen syarikat yang digunakan untuk membekal. Ada lagi kontraktor mengatakan, bahawa mereka membekal barangan berasaskan LPO, bukan tunai, malah mereka mengambilkira, kelajutan bayaran tuntutan.

Kerana pada awalnya, Kerajaan tersalah anggap berkaitan PKP, iaitu keadaan darurat yang perlu mengambil tindakan darurat juga, bukannya seperti bencana-bencana lain seperti banjir, kebakaran atau putus perhubungan kerana gempa bumi.

PKP, melebihi keadaan bencana lain, kerana pelaksanaan PKP itu adalah melawan mahkluk halus yang tidak nampak, tidak diketaui, sebab itu, kita hanya mampu mencuba menerusi mengelak berjumpa/kontak, supaya rantai transmisi terputus.

Kerana mahu memutuskan rantai transmisi itu maka semua rakyat terperangkap, tidak kira latar belakang. Berasaskan kepada pertimbangan itu lah kerajaan menghulurkan bantuan menggunakan wang kerajaan. Niat yang dilihat baik itu, bukannya disyukuri, kerana karenah pihak-pihak tertentu mengambil peluang, itu lah penyebab mengapa rakyat sangsi, protes dan mempersoalkan.

Kesilapan kerajaan lagi, apabila mengikutsertakan projek-projek luar bandar yang bersifat suntikan tunai yang 2 kali ganda jumlahnya berbanding bantuan langsung kepada rakyat. Rakyat tahu, bahawa projek-projek itu, hanya khusus bagi penyokong-penyokong kerajaan, dan jumlahnya pun hanya 1000 pemohon selururuh Sabah.

No comments:

Blog Archive