Sunday, July 28, 2019

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BAHARU SABAH

AWAL tahun 90, cetusan idea membina Lapangan Terbang Baharu Sabah, bagi menggantikan KKIA telah bermula. Masa itu, kawasan yang dikenal pasti, adalah kawasan pesisir pantai antara Tuaran-Kota Belud, tepatnya di Kampung Bira-Biraan Kota Belud.

Kg Bira-Biraan, bukan sahaja mempunyai kawasan yang sesuai, akan tetapi, arah mata angin yang stabil, membuatkan pendaratan dan berlepas mudah dikendalikan.

Selain sokongan alam semulajadi, kerana kawasan itu tiada bukit bukau, juga untuk mengwujudkan kawasan Pembangunan Baru ( New Central Business District).

Cadangan Kerajaan Negeri Sabah, untuk membina Lapangan Terbang Baharu, perlu disokong, memandangkan KKIA sudah mendekati keadaan TEPUH!!!, lagipun kawasan tersebut merupakan kawasan perumahan yang padat.

Sabah, tiada pilihan lain, selain perlu merealisasiakn pembinaan Lapangan Terbang tersebut. Lokasi yang ideal, adalah Kg Bira-Biraan, Kota Belud.

Sabah merupakan destinasi pelancong, baik daripada luar mahupun dalam negara. Industri ini perlu diperhebat menerusi sokongan kemudahan seperti lapangan terbang.

No comments:

Blog Archive