Thursday, January 10, 2019

TUN DR MAHATHIR BUKAN PERDANA MENTERI "LAME DUCK": ANWAR

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun ada persetujuan, bahawa Tun Dr Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri sekitar Mei, 2020, namun tiada tarikh ditetapkan, bukan bermakna Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri "lame duck" tetapi, beliau diberi mandat sepenuhnya untuk mengatur hala tuju negara, selepas perubahan kerajaan. Anwar menegaskan demikian, semasa ditanya wartwan The Hindu, semasa lawatan 5 hari beliau di India yang bermula semalam (Rabu).

Anwar juga tidak bimbang, berkaitan berbagai spekulasi, bahawa beliau tidak akan menjadi PM-8 Malaysia, sebaliknya menyerahkan kepada takdir ( Que Sera Sera).

Dalam perkembangan lain, MP Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) berpendapat, selepas Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang paling tepat untuk memimpin negara, kerana Presiden PKR itu mempunyai pakej lengkap, iaitu pemimpin yang mempunyai visi moden, tradisi, malah berkaitan dengan agama islam dan agenda melayu/bumiputera.

Di lain pihak pula, sesuai dengan senario sekarang, khususnya berkaitan ekonomi, kerharmonian antara kaum, malah termasuk "penghinaan" terhadap raja-raja, bakal diwarisi Anwar, jika dalam masa 2 tahun daripada sekarang mengambil alih teraju negara.

Laporan antarabangsa, berkaitan ekonomi negara, sangat meruncing, dan jika tiada tindakan membendung kelembaban ekonomi yang dihadapi negara, ada kemungkin akan mencontohi keadaan ekonomi negara seperti tahun 80-an di awal pemerintahan Tun Dr Mahathir, sebagai Perdana Menteri ke-4.

Masalah yang dihadapi negara sekarang ini, tiadanya hala tuju yang jelas yang boleh mendorong perkembangan ekonomi, kerana pelabur masih berhati-hati, selain menurunnya keyakinan mereka terhadap pasaran saham tempatan, yang menyebabkan kehilangan "market capitalization" yang begitu tinggi sekali sejak berlakunya perubahan kerajaan.

Nilai ringgit yang semakin menurun berbanding dollar Amerika, harga komoditi utama negara yang terus menurun, menjadi pendorong kepada defisit fiskal negara.

Jika keadaan ini berterusan, rakyat biasa yang menerima kesan, kerana Kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan, dan impaknya, rakyat akan hilang peluang mendapatkan pendapatan yang boleh digunakan untuk berbelanja. Apabila rakyat berbelanja, maka hasil syarikat-syarikat pembayar cukai menurun, pada gilirannya kutipan cukai oleh kerajaan juga bakal menurun, maka dalam perekonomian, berlaku lah, impak domino.

No comments:

Blog Archive