Wednesday, January 09, 2019

SINDROM KAMI SAJA BETUL

Sindrom politik, kami saja betul, menjadi kiblat politik melayu/bumiputera. Sebab itu lah, walaupun kaum itu adalah majoriti, akan tetapi mudah kehilangan kuasa.

Penulis cukup kagum dengan pendirian rakyat Kelantan, tidak tergoyahkan, bagaikan tugu di tengah lautan, apapun badai melanda, sejak tahun 1990, tetap sahaja mempertahankan kerajaan.

Di peringkat nasional, melayu/bumiputera kena akui, mereka sudah lemah, kerana sindrom yang digunapakai, kami saja yang betul. Sifat ini, adalah sifat individu yang tidak mahu melihat orang lain ada kedudukan, ada kuasa, kerana mahu juga berada pada kedudukan itu, mahu juga status itu.

Mereka terlupa, dalam agamapun, jika berkaitan dengan solat berjemaah, hanya ada satu imam. Panduan ini yang digunakan, di mana-mana di dunia ini. Satu negara satu ketua negara, satu negara ada seorang sahaja Perdana Menteri, dalam kapal seorang sahaja kapten, demikian juga dalam kapal terbang, hanya seorang pilot, meskipun ada pembantu, co-pilot.

Di Malaysia sekarang, apabila Tun Dr Mahathir mengatakan, bahawa kedudukan beliau ditentukan oleh DAP. Menerusi kenyataan itu, tersangat jelas, bahawa kuasa kaum melayu/bumiputera bukan lagi ditentukan oleh kaum sendiri, melainkan oleh kaum lain. Namun, mereka yang merasa hebat dalam dunia politik melayu/bumiputera, mendakwa, Tun Dr Mahathir sudah menjadi barua DAP, sedangkan tuduhan mereka itu, menggambarkan, ketidak cerdikan mereka. Sepatutnya mereka faham, dan seterusnya mereka sedih, bahawa melayu/bumiputera sudah tiada kuasa, seharusnya mereka faham dan mengerti, bahawa kaum yang mereka wakili, hanya berpijak pada bumi yang dimiliki orang lain.

Mengapa kaum melayu/bumiputera boleh berkeadaan demikian? sebabnya satu, ketamakkan. Kerana ketamakkan lah, maka menjadi punca kaum melayu/bumiputera berpecah.Kerana ketamakkan jualah, biarlah menang sorak, tapi kampung tergadai. Kerana ketamakkan jua lah, kalah jadi abu, menang jadi arang.

No comments:

Blog Archive