Pada era kerajaan Berjaya, USNO dan Berjaya merupakan parti dalam Kerajaan Persekutuan, demikian juga pada era kerajaan PBS, Usno dan PBS bertindak serupa.
Apa kah senario sedemikian berulang semula?
Di Sabah kini, ada 4 parti yang bertindak sebagai parti pembangkang yang mempunyai ADUN dan MP. Parti-parti itu adalah Umno Sabah, PBS, STAR dan PBRS.
Sebelum ini, 3 parti menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS), iaitu Umno Sabah, PBS dan STAR. Gabungan itu telah menyatakan pendirian sebagai gabungan mesra Kerajaan Persekutuan, namun bertindak sebagai pembangkang di peringkat negeri.
Melihat kepada senario itu, jika salah satu daripada parti dalam GBS menjadi sebahagian daripada parti Pesekutuan yang membentuk Kerajaan Persekutuan, maka akan berulang era Usno-Berjaya dan Era Usno-PBS.
Penulis difahamkan, salah satu parti dalam GBS sedang mengadakan mesyuarat untuk memutuskan hala tuju parti itu, dengan pertimbangan senario politik semasa, khususnya berkaitan dengan kemajuan dan pembangunan Sabah dan rakyatnya secara amnya, dan khasnya di kawasan-kawasan yang diwakili parti tersebut.
Politik Sabah cukup unik, khususnya jika wakil rakyat atau sesebuah parti politik bercakap soal kemajuan dan pembangunan terutama di kawasan luar bandar.
Wakil rakyat yang mewakili kawasan luar bandar sangat bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan dana pembangunan. Keadaan berbeza dengan wakil rakyat kawasan bandar, kerana pembangunan dan kemajuan tetap berjalan seperti biasa, atas sebab penduduk di kawasan sedemikian menyumbang kos berimbang kepada kemajuan dan pembangunan itu dalam bentuk berbagai cukai, termasuk cukai pintu.
Dana kemajuan dan pembangunan bagi kawasan yang diwakili wakil rakyat bukan kerajaan merupakan faktor utama mengapa wakil-wakil rakyat itu cenderung berpihak kepada kerajaan, bagi Sabah setidak-tidaknya berpihak kepada Kerajaan Persekutuan.
ADUN pembangkang Sabah kini berbaki 20. Mereka ini daripada sebuah kerajaan menjadi pembangkang.
Hasil keputusan PRU-14, hanya parti PBS tidak mengalami pengkhiantan, kerana masih dengan 6 ADUN yang menang pada PRU itu. Umno kehilangan 7 ADUN daripada 17, manakala STAR menambah 1 menjadi 3 serta GBS-1.
Daripada segi taburan ADUN, kawasan Pantai Barat Utara (PBU) masih mendominasi jumlah ADUN teramai, iaitu Dun Matunggong (PBS), Tandek (PBS), Tempasuk (Umno Sabah), Sulaman (Umno Sabah), Kiulu (PBS) dan Tamparuli (PBS). Diikuti Pedalaman- Tambunan (STAR), Bingkor (STAR), Sook (GBS) dan Nabawan (STAR); dan Pantai Barat Selatan- Klias (Umno Sabah), Membakut (Umno Sabah), Lumadan (Umno Sabah) dan Kawang (Umno Sabah).
Pantai Timur dan Ranau masing-masing dua ADUN, iaitu Sungai Sibuga dan Labuk, serta Kundasang dan Karanaan. ADUn tunggal di Pantai Timur Selatan- APAS.
Melihat kepada keseluruhan DUN yang diwakili parti pembangkang semuanya terletak di luar bandar. Para wakil rakyat yang mewakilinya tidak akan dapat berbuat banyak tanpa dana daripada kerajaan.
No comments:
Post a Comment