Sunday, December 09, 2018

PUNCA KEBANGKITAN RAKYAT

Sabtu 8 Disember 2018 akan tercatat dalam sejarah Malaysia, satu himpunan ummah yang begitu besar telah berlaku.

Sebelum ini, himpunan seumpama itu disertai berbagai kaum, antaranya himpunan resformasi tahun 1998, himpunan bersih, namun semalam, julung kalinya himpunan yang hanya melibatkan kumpulan seagama.

Perhimpunan ini sepatutnya satu demonstrasi untuk membantah cadangan ratifikasi ICERD oleh Kerajaan.

Namun pada minggu lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telahpun menarik balik keputusan untuk meratifikasi ICERD. Oleh itu, mengapakan beratus ribu rakyat masih turun ke jalanan untuk berdemonstrasi?

Antara sebab itu adalah:

Rakyat muak dan marah melihat cara pemerintahan negara yang flip flop, suka-suka U-turn, malah mereka menjustifkiasikan tindakan mereka itu, kononnya malaikat juga bertindak u-turn. Cara mereka, semata-mata menghalalkan cara.

Sebab berikutnya berkaitan janji-janji sebelum PRU-14, janji-janji yang berkait rapat dengan rakyat khususnya golongan B40 Selain tidak ditunaikan malah kemudahan yang dikecapi dimansuhkan atau dibatalkan. Selain itu, golongan muda yang tertarik dengan pendidikan percuma termasuk pemansuhan hutang PTPTN, kini telah tertipu.

Kerajaan hari ini juga telah menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan, selain diberhentikan kerja, juga pemnasuhan berbagai agensi kerajaan yang mana kakitangannya majoriti kaum melayu.

No comments:

Blog Archive