Sunday, December 02, 2018

PROGRAM BASMI KEMISKINAN MUSA AKHIRNYA BERBUAH!!!

Berbagai pendekatan digunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional era Tan Sri Musa dalam program pembasmian kemiskinan.

Antara pendekatan itu adalah memberikan tanah kepada penduduk kampung, yang mana tanah itu bukan sahaja untuk membina rumah kediaman akan tetapi juga untuk tujuan bercucuk tanam. Daripada tahun 2010 seluas 119,083.03 ekar tanah kerajaan telah diberikan kepada 10,462 penduduk Sabah yang tersebar di 213 kampung.

Bukan dengan cara itu sahaja, kerajaan juga menubuhkan Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) untuk mengukur 15,237 lot tanah yang melibatkan 23,124 hektar di 15 daerah seluruh Sabah.

Selain pendekatan di atas, kerajaan negeri juga pada era Tan Sri Musa telah mengwujudkan Mini Estet Sejahtera (Mesej) satu program penyediaan berbagai kemudahan asas dan bantuan menamabah pendapatan kepada ketua-ketua keluarga. Sehingga hujung tahun 2017, telah berjaya dibangunkan 54 unit MESEJ yang melibatkan 2,000 Ketua Keluarga yang telah menelaan berbelanjaan RM422.47juta.

Semalam (gambar) seramai 28 perserta MESEJ di Nabawan menerima RM126,000 divide, sebelum itu perserta MESEJ di Keningau juga menerima dividen masing.

Memang diakui, program membasmi kemiskinan seperti MESEJ yang diperkenalkan kerajaan Bn era Tan Sri Musa perlu diteruskan.

Sebagai impak kepada program pembasmian kemiskinan negeri, maka kadar kemiskinan negeri daripada 19.2 peratus tahun 2009, berkurang kepada 7.8 peratus tahun 2012, dan seterusnya kadar menurun sehingga 2.9 peratus pada tahun 2016.

Usaha pembasmian Sabah dapat berjalan dengan lancar kejayaan Halatuju Pembangunan & Kemajuan negeri yang meliputi 4 sektor utama, iaitu Sektor pelancongan, Sektor Pertanian, Sektor Pembuatan dan Sektor Pembangunan Modal Insan.

Sektor pelancongan bukan sahaja menjadi tonggak resit pendapatan negeri, tetapi juga telah memberi laluan kepada industri-industri kampong seperti "home stay", produk pelancongan setempat dan sebagainya. Untuk rekod, daripada tahun 2002-2016 seramai 36 juta pelancong telah datang ke sabah membabitkan resit pendapatan kepada negeri sebanyak RM66bilion. Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah menjadi lapangan ke-2 tersibuk di negara ini selepas KLIA.

Nampaknya, usaha, perancangan Kerajaan Bn yang diterajui Tan Sri Musa yang mempunyai matlamat agar Sabah menjadi negeri maju pada tahun 2025 akan terbantut, kerana setiap air bah setiap kali pantai berubah, lagi pun hingga setakat ini, belum ada sebarang program yang dilancarkan bagai mana membangunan & memajukan negeri.

Kerajaan sementara Sabah yang diterajui Datuk Shafie Apdal hanya sibuk mengurus pemberian dokumen kepada pendatang asing Sabah, bagaimana mengaktifkan semula barter trade antara Filipina dan Indonesia, serta membenarkan semula penggunaan pam boat di Pantai Timur Sabah, yang mana semua itu merupakan punca masalah keselamatan dan penyeludupan.

1 comment:

Anonymous said...

SYUKUR dgn. PEMERINTAHAN Agung pemimpin BUMIPUTERA amat GEMILANG kita, YAB TS Musa Aman terCINTA kita ni!!

Sedgkan si shfieeHOMO, DANUM VALLEY pun sgalak nak CEROBOH, selain dr. MALIAU BASIN! Kenapa berita DASYAT ni diSEMBUNYIkan dr. RAKYAT?! KEJAHATAN amat DAJAL oleh si PEROMPAK/PERASUAH syafieeHOMO ni mesti diHALANG habis2an!

Ini bukti JELAS tentang kes RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM sbnyk. $1.5 BILLION oleh shafie-eHOMO warisanANJING-KULI DAPbangkai ANJING Zionis - yg. dah diTUTUP sewenangnya oleh syukriHOMO BANGKAI PARASIT-si PENJAHANAM SP*M yg. makin TAK GUNA ni (sbb. tu shafieeHOMO dan adik dia, boleh sampai ada 23 SYARIKAT - mcm. anak2 madey PAR*A tu sampai ada hampir 100 syarikat – utk. mengGUBAH WANG HARAM)!

Lihat juga SAKSI yg. hanya kerja sbg. timbalan setiausaha yg. TERLIBAT dlm. kes RASU-AH/PENGGUBAHAN WANG HARAM ni boleh ada sampai $29 JUTA dlm. AKAUN dia!

Lihat di - https://malaysiachoice.wordpress.com/2018/07/06/shukri-sprm-arah-kes-shafie-apdal-ditutup-saksi-miliki-akaun-rm29-juta-dibebaskan/

Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Malaysia Choice

July 6, 2018

(Tok Terkedu)

Blog Archive