Thursday, December 13, 2018

POLITIK SABAH: PARTI DITOLAK RAKYAT TIDAK PERNAH BANGKIT

Sejarah politik Sabah, parti yang ditolak semasa pilihan raya tidak pernah menang lagi. Parti Usno, tidak pernah menang sejak kalah pada PRN tahun 1976. Parti Berjaya hilang tanpa kesan. Sementara PBS, apabila kehilangan kerajaan pada tahun 1994, pada PRN tahun 1999, hanya menang 17 kerusi daripada 48 yang dipertandingkan. Parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan apabila bergabung dengan Bn Sabah pada tahun 2002.

Umno Sabah yang menjadi tunjang kerajaan sejak tahun 1994 dan dinoktahkan pada PRU-14. Pada PRU itu, Umno Sabah hanya menang 17 Dun daripada 32 yang ditandingi, manakala di peringkat Parlimen menang 7 daripada 14 yang ditandingi. Akibat kekalahan itu, maka parti-parti yang bernaung dalam Bn pada PRU itu hanya menang 29 kerusi DUN daripada 60 kerusi yang dipertandingkan. Dua hari selepas PRU itu, 4 ADUN daripada Umno dan 2 ADUN UPKO melompat untuk menyokong Parti Warisan Sabah, DAP dan PKR, sehinggakan 3 parti itu mendapat sokongan 35 ADUN untuk membentuk kerajaan negeri.

Jika tidak berlaku lompat parti selepas PRU itu, ada kebarangkalian, Umno Sabah dapat dipulihkan, memandangkan masih menerajui kerajaan negeri. Namun, tanpa kuasa, sesebuah parti yang biasa memerintah, biasanya kehilangan hala tuju. 

Di peringkat dunia, hanya parti LDP Jepun dan Kongres India yang pernah bangkit, akan tetapi Golkar di Indonesia, tidak pernah bangkit lagi selepas kehilangan kuasa pada tahun 1998.

Umno Sabah serba salah dalam menentukan hala tuju perjuangan, kerana keahlian parti itu tidak sama dengan keahlian di Semenanjung. Umno Sabah dianggotai hampir 20% bumiputera bukan bergama islam, manakala di Semanjung, walaupun keturunan siam diterima sebagai ahli, akan tetapi jumlahnya tidak lah ramai.

Memang benar, Umno Sabah mempunyai 560 ribu ahli, namun pada PRU-14, ternyata hampir separuh daripada ahli itu telah berpaling tadah. Para ahli yang telah berpaling tadah, tidak akan mudah untuk kembali, selari dengan pengelaman politik Sabah seperti mana yang berlaku pada USNO, Berjaya dan PBS.

Memang di atas kertas, boleh sahaja para pemimpin Umno Sabah yang tidak mahu berhijrah berhujah, bahawa parti itu masih kuat dan boleh bangkit. Namun jika mengambil contoh, kawasan Kota Belud yang merupakan anak sulung Umno Sabah, keadaan parti itu hampir lumpuh selepas PRU-14, dan ranap selepas Ketua Bahagian, Timbalan, Naib serta AJK keluar beramai-ramai pada 12/12/2018.

Para mantan pemimpin Umno  yang meninggalkan parti itu, bukan sehari dua memikirkan tindakan mereka. Mereka mendapat maklum balas daripada peringkat akar umbi. Seperti mana kenyataan mantan Ketua Bahagian Kudat, boleh sahaja beliau bertahan sebagai Ketua Bahagian, tetapi hanya pada nama sahaja, kerana para ahli dan penyokong telah berhijrah pada parti  yang sedang memerintah.

Pun demikian, jika Umno Sabah terus bertahan, PRU-15 semakin seru. Sama-sama kita nantikan masa itu...apa kah sejarah politik Sabah termansuhkan!!!!

No comments:

Blog Archive