Tuesday, November 06, 2018

ESOK 7-11: MUSA ATAU SHAFIE?

Tan Sri Musa Aman akan tiba di Kota Kinabalu esok sebelum Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan pada kira pukul 2.30 petang siapa Ketua Menteri sah Sabah.

Pada 25 Oktober, Hakim yang mendengar saman pemula TSMA vs TYT Sabah dan DSSA telah membuat keputusan, bahawa esok beliau akan membuat penghakiman, berkaitan TSMA.

Pada 10 Mei, Musa telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri selepas PRU-14, apabila parti beliau wakili menang 29 kerusi Dun, berbanding parti ke-2 terbanyak Warisan-21.

Kerajaan yang dibentuk Musa adalah kerajaan minoriti, dan berasaskan Perlembagaan Sabah, parti yang mempunyai terbanyak kerusi boleh membentuk kerajaan minoriti.

Sebenarnya tidak mencabar kedudukan Musa, apabila 6 ADUN daripada parti yang beliau wakili khianat, kerana beliau masih mempunyai 23 kerusi bagi meneruskan kerajaan minoriti.

Sangkaan bahawa hanya tangan-tangan ghaib boleh menghalang keputusan mahkamah berkaitan saman TSMA, memang ada tanda-tandanya, ekoran tindakan SPRM semalam mendakwa beliau di mahkamah berkaitan kes lama yang sebelum dinyatakan oleh SPRM sendiri, tiada tindakan lanjut, kerana tiada bukti.

No comments:

Blog Archive