Friday, November 09, 2018

BAJET SULUNG KERAJAAN WARISAN- CIDUK BAJET BN

Tiada sesuatu yang baru dalam Bajet sulung kerajaan Warisan. Format dan susun atur telah menciduk Bajet kerajaan Bn.

Bajet Bn yang beteraskan “surplus budget” diteruskan. Tahun 2019 dianggarkan perolehan sebanyak RM4.265 bilion berbanding perbelanjaan RM4,159.68 juta. Jumlah perbelanjaan tahun 2019 hampir sama banyak dengan anggaran pendapatan tahun 2018 RM4,169.2juta. 

Meskipun menerusi bajet 2019 geran komunal dimansuhkan, namun syarat-syarat dalam geran komunal diteruskan. Kelemahan pemecahan geran komunal kepada lot-lot akan mengurangkan daya guna tanah. Pengurangan daya guna ini, bukan sahaja merugikan pemilik akan tetapi juga kerajaan. 

Telah dikenal pasti sejak tahun 2003, bahawa pemberian tanah secara lot yang berbentuk Native Title adalah punca tanah-tanah itu tidak produktif. Kini, Kerajaan Warisan kembali kepada kaedah itu. 

Penulis sungguh bimbang berkaitan tindakan kerajaan yang membangunkan kawasan-kawasan hutan kekal Sabah kononnya bermotifkan serampang dua mata, iaitu menerusi pembangunan dan konservasi. Dalam dunia konservasi, tiada istilah bahawa pembangunan akan berlaku juga konservasi. Manusia hanya ada satu pilihan, samada mereda kawasan hutan itu untuk pembangunan atau konservasi. 

Tindakan kerajaan Warisan membangun kawasan hutan kekal, akan menjurus kepada penebangan hutan tidak terkawal, seperti mana berlaku sebelum tahun 2002. Sebagai catitan pada tahun 2002, keluasan hutan kekal Sabah hanya 838 ribu hektar. Akibat keputusan tidak popular Kerajaan dahulu untuk melakukan konservasi, maka pada tahun 2017, hutan kekal Sabah telah meningkat kepada 1.8juta hektar. 

Penulis yakin, apabila tindakan kerajaan warisan beterusan berkaitan membangun kawasan hutan kekal, 5 tahun akan datang, keluasan hutan kekal Sabah akan terancam. 

Nampak gaya nya, pelombongan arang batu akan diteruskan.

No comments:

Blog Archive