Sebelum Bajet 2019 Persekutuan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, Datuk Shafie Apdal berdengar-dengar mengatakan, bahawa dalam bajet itu Sabah akan mendapat DURIAN RUNTUH!!!
Ternyata, sampai habis Lim Guan Eng membaca Bajet tersebut yang mengambil masa 2jam 15 minit, tiada juga menyebut peruntukan untuk Sabah yang boleh digambarkan sebagai durian runtuh!!!
Memang ada pertambahan peruntukan untuk Sabah berbanding tahun 2018, namun berasaskan kaedah Zero Base Budget, peruntukan tahun sebelumnya bukan lah panduan.
Bajet 2019 daripada RM314.5bilion, untuk Sabah hanya RM5.009bilion.
Malang sekali dalam bajet tersebut dividen daripada Petronas berjumlah RM30bilion, digunakan untuk membayar hutang negara, sedangkan hutang yang dibayar itu bukan dibelanjakan untuk Sabah.
Dalam bajet itu juga tidak menyebut langsung berkaitan 20% royati minyak. Nampaknya Sabah akan tetap jadi sapi perahan. Teringat sungguh 22 tahun era Tun Dr Mahathir semasa beliau Perdana Menteri ke-4.
2 comments:
Fight for Sabah SarawakðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Politik sabah harus ada saingan dan sokongan tanda perpaduan
Post a Comment