Wednesday, October 17, 2018

PARTI WARISAN SABAH TUNAI MANIFESTO-OMONG KOSONG!!!

Laporan Sinar Harian Disini yang bertajuk "Kerajaan pimpinan Warisan tunai janji manifesto pilihan raya yang memetik 'seorang" penyelidik politik "universiti tempatan" kerana tidak melantik pemimpin/orang poltik/ ahli politik ke jawatan penting dalam syarikat kerajaan atau badan berkanun.

Penulis berfikiran positif, mungkin kenyataan individu yang dipetik itu antara bulan Mei-Jun, 2018, kerana dalam tempoh masa itu hanya "seorang" yang berkategori ahli politik dilantik pada syarikat berkaitan kerajaan, iaitu Pengerusi Suria Capital Bhd. Namun selepas itu dan sehingga kini, apa tah lagi syarikat berkaitan kerajaan tidak dipenuhi ahli politik, malahan Pengarah jabatan kerajaan dan majlis tempatan pun Kerajaan Parti Warisan Sabah melantik ahli politik.

Jangan kelirukan rakyat berkaitan pengertian ahli politik hanya terhad kepada wakil rakyat yang dipilih menerusi pilihan raya, kerana ahli politik itu meliputi mereka yang bukan juga.

Elok juga penyelidik politik itu, semak semula kenyataan beliau, kerana bukan sahaja mengelirukan akan tetapi melucukan.

Semua agensi kerajaan Sabah, pasca PRU-14, seperti Ko-Nelayan, Sedco, KPD, Safoda, Safma, SLDB, LTGS dan lain-lain semua dipengerusikan oleh ahli-ahli politik.

Memang kalau dilihat apa kah Parti Warisan Sabah tunai manifesto, memang tidak dinafikan ada yang ditunai serta merta, seperti pengwujudan Kementerian Kesihatan, Pelajaran dan Undang-undang, tetapi kementerian itu atas nama sahaja, tiada kuasa, tiada peruntukan untuk mengendalikan atau menguruskan keseluruhan berkaitan fungsi-fungsi kementerian. Jabatan kesihatan dan pelajaran misalnya, masih di bawah Persekutuan, sehinggakan fungsi menteri Sabah yang dilantik hanya berfungsi sebagai mandor atau jaga.

Masa ini, laporan sinar harian itu, bukan sahaja menunjukkan bahawa surat khabar itu tidak peka terhadap perkara-perkara benar di lapangan, malah menjadi agen kepada mengelirukan rakyat.

Jika benar lah surat khabar itu memetik kenyataan individu demikian, maka individu itu terlihat sungguh kurang pekanya beliau terhadap keadaan sebenar di lapangan.

1 comment:

Anonymous said...

TIDAK AFDAL SHAFIE CILAKE BRENSEK

Blog Archive