Mantra ajaib Pakatan Harapan dan parti yang berkolaborasi dengan parti itu, adalah para pemimpin Umno/Bn pencuri, perasuah, para pemimpin hanya mengejar jawatan, kekayaan, sebab itu mereka terpaksa berjuang menjatuhkan kerajaan Bn, semata-mata untuk menyelematkan Malaysia dan rakyatnya.
Selepas PRU, kemudiannya membentuk kerajaan, mereka ibarat kera mendapat bunga, mereka sibuk membahagikan harta rampasan perang. Mantra yang mereka gunakan semuanya dibuang ke longkang.
Untuk membuktikan dakwaan mereka, bahawa pemimpin Bn/Umno perasuah, salahgunakuasa, maka agensi kerajaan seperti SPRM, PDRM terpaksa berkerja siang malam, mencari bukti-bukti sebagai bahan untuk menangkap, membuat pertudahan ke mahkamah.
Menangkap, pertuduhan di mahkamah tiada jaminan bahawa seseorang yang ditangkap/dituduh itu bersalah. Bukti dan fakta di depan kita, Lim Guan Eng, dalam pertenaghan perbicaraan rasuah, bukan sahaja dihentikan, malah dibebaskan sepenuhnya. Datuk Shafie Apdal, Tan Sri Isa Samad, dipakaikan baju oren, baju rasmi SPRM bagi yang ditangkap rasuah, namun dibebaskan sepenuhnya tanpa di tuduh di mahkamah.
Kini mereka yang kononnya berjuang menyelamatkan Malaysia, yang sensitif terhadap lawatan para pemimpin Umno/Bn termasuk Perdana Menteri dahulu, namun kini mereka bagaikan tunggul, menjadi orang-orang kehilangan deria, kerana mereka langsung tidak dapat melihat lagi, bahawa pemimpin mereka melawat luar negara, mengangkut anak beranak serta cucu cicit.
Mereka bertempik, apabial Tabung Harapan ditubuhkan, sebagai tanda patriotik, kononnya membantu membayar hutang negara sebesar RM1trilion, sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin berjoli ke luar negara, dengan alasan urusan kerja.
Dahulu, setiap lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara, pasti membawa pulangan pelaburan ke dalam negara, kini, lawatan Perdana Menteri, hanya membawa cerita-cerita dogeng, cerita lama diulang-ulang, sedangkan cerita-cerita tiada manfaat kepada rakyat.
Para pemimpin hari ini, dengan seronoknya, berselfie di bangunan-bangunan di London, New York, Tokyo, di mana perbelanjaan lawatan mereka itu adalah wang rakyat, malangnya rakyat hanya boleh melihat gambar-gambar itu, tanpa pulangan.
Hampir 5 bulan Kerajaan PH memerintah, sara hidup bukan menurun malah terus menanjak, sebagai akibat kenaikkan harga yang tidak terkawal, ditambah lagi manipulasi SST yang diperkenalkan semula.
Bukan itu sahaja, golongan B40 ke bawah sebelum ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kehidupan harian, kerana kerajaan memberi bantuan sara hidup, kini telah dimansuhkan, dengan alasan, bahawa Kerajaan Tidak mempunyai wang untuk diberikan. Namun, sebaliknya berlaku, kapatilis mendapat habuan-habuan dalam bentuk projek-projek bernilai ratusan juta ringgit.
Yang menderita, adalah rakyat biasa. Sebelum PRU-14, driver lori mahu jadi pengarah, selepas bertukar kerajaan tetap sahaja driver, malah kehidupan mereka bertambah teruk lagi kerana terpaksa berdepan dengan sara hidup yang meningkat.
No comments:
Post a Comment