HALATUJU sesebuah parti politik, adalah menang pilihanraya seterusnya menubuhkan kerajaan. Jika ada yang mempersoalkan halatuju sesebuah parti, maka mereka itu, sebenarnya mengolok-olok kepimpinan.
Presiden Umno- Datuk Seri Zahid Hamidi telah menggariskan beberapa teras (halatuju) parti dua diantaranya adalah menang pilihanraya dan kerajaan menunggu.
Dalam senario politik yang sedang berlaku di Malaysia, kerajaan yang sedang memerintah masih tidak selamat atau tidak stabil, kerana jumlah kerusi yang hanya melepasi majoriti mudah.
Perubahan sedikit sahaja atau berlaku sedikit krisis sahaja dikalangan parti-parti yang membentuk kerajaan, boleh mengakibatkan kerajaan itu terbubar, atau parlimen tergantung.
Kerajaan Malaysia sekarang mempunyai Perdana Menteri daripada parti kedua terkecil dalam Pakatan Harapan. Keadaan ini, jarang berlaku di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, tetapi hanya berlaku di Malaysia/
Tun Dr Mahathir mahir menggunakan situasi dan peluang, yang mana jarang boleh dipraktik oleh mana-mana pemimpin.
Tun Dr Mahathir mempunyai rekod melaksanakan sesuatu yang pelik, misalnya perlantikan Ketua Menteri Sabah semasa sistem penggiliran Ketua Sabah yang diihamkan beliau pada tahun 1994, pernah melantik Tan Sri Chong Kah Kiat yang hanya mempunyai 1 kerusi Dun.
Sempena PAU tahun 2018, untuk pertama kalinya dalam sejarah Umno, mengadakan perhimpuan Agung Tahunan sebagai parti pembangkang.
Walaupun ada sesetengah pemimpin atau perwakilan masih canggung dengan keadaan, akan tetapi itulah hakikat yang perlu diterima.
Sebagai sebuah parti, adalah satu kepastian, kalah atau menang, kerajaan atau pembangkang.
Dalam situasi kalah dan jadi pembangkang, bukan semuanya terkubur, bukan semuanya terhenti. Para pemimpin, ahli, penyokong perlu menerima hakikat, bahawa mengharungi demokrasi matang, maka akan lahir, sistem dua parti. Dalam sistem dua parti, maka parti yang kalah akan menang kembali, seperti mana sistem dua parti di Amerika Syarikat.
Para pemimpin, ahli dan penyokong parti, jangan lah pesimis, kecewa, putus asa, kemudiannya menganggap, kekalahan parti, maka berakhirlah semuanya. Semua lapisan/jajaran parti perlu menjadikan kekalahan sebagai pendorong ke arah yang lebih baik.
Sebab itu, jika ada yang bertanya berkenaan halatuju parti, khususnya Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jelas halatuju parti adalah menang pilihanraya.
No comments:
Post a Comment