Wednesday, October 05, 2016

Mampukah Shafie Gabung Semua Parti Pembangkang Sabah?

Pemimpin pembangkang Sabah, terdiri daripada veteran politik, malah semua mereka itu lebih kanan berbanding Datuk Shafie Apdal.

Datuk Lajim Ukin, Datuk Welfred Mojolip Bumburing, Datuk Dr Jeffery Kitingan dan Datuk Yong Teck Lee, semuanya pemimpin kanan berbanding Shafie, selain itu, masing-masing pemimpin itu mempunyai parti sendiri (Parti Datuk Lajim bakal dinamakan).

Shafie, tidak boleh bersandar kepada pengalamannya menjadi Menteri atau Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan atau pernah menjadi Naib Presiden Umno, kerana keadaan sangat berbeza di Peringkat Negeri.

Dalam sejarah politik Sabah, hanya dua pemimpin yang mampu menumbangkan kerajaan yang sedang memerintah. Pemimpin itu adalah Allahyarham Tun Fuad Stephens melalui Parti Berjaya tahun 1976 dan Tan Sri Pairin Kitingan melalui Parti PBS pada tahun 1985.

Umum mengetahui, bahawa setiap parti pembangkang di Sabah mempunyai matalamat sendiri, iaitu parti tunjang kerajaan negeri, jika pembangkang mampu menumbangkan BN Sabah. Parti tunjang, bermakna pemimpinnya adalah Ketua Menteri Sabah.

Matalamat utama parti pembangkang Sabah, sebenarnya mahu menduduki Jawatan Ketua Menteri, sebab itulah mereka itu menubuhkan parti masing-masing. Mereka itu, bukannya membela rakyat Sabah seperti mana diuar-uarkan. Kenyataan membela rakyat Sabah atau Save Sabahan, atau Sabah for Sabahan, hanya merupakan gimik politik atau satu kenyataan retorik.

Berasaskan matalamat masing-masing parti pembangkang Sabah, iaitu jawatan Ketua Menteri, maka pemimpin seperti Datuk Shafie apdal, berdepan dengan kesukaran menyatukan parti-parti pembangkang. Kesukaran pertama adalah menentukan kawasan-kawasan yang bakal ditandingi. Mereka itu, akan berdepan dengan komposisi calon, di banyak kawasan, bermakna, mereka tidak mampu membuat keputusan berdepan satu lawan satu dengan calon-calon BN. Mungkin di satu dua kawasan, mereka mampu berkompromi, namun di banyak kawasan, khususnya kawasan marjinal, akan berlaku pertembungan free for all.

Pada PRU-14, kawasan yang bakal ditandangi sebanyak 73 kawasan, di mana 38 kawasan itu majoriti bumiputera islam. Parti Shafie sudah tentu mahu bertanding di kawasan-kawasan itu, demikian juga parti Lajim. Tetapi, jangan lupa, parti Shafie adalah gabungan antara bumiputera islam dan bukan islam, ertinya parti itu akan bertanding di kawasan majoriti bumiputera bukan islam. Dalam keadaan demikian, maka parti Shafie akan bertembung dengan parti pemimpinan Bumburing dan Jeffery. Di lain pihak, Bumburing dan Jeffery juga saling bersaing merebut kawasan-kawasan majoriti bumiputera bukan islam. 

Parti Datuk Yong juga tidak ketinggalan, kerana parti SAPP bukan parti cina, walaupun presidennya kaum cina. Pengalaman lalu, SAPP bertanding di semua kawasan. Baiklah, Parti Yong dianggap parti cina, bagaimana kedudukan mantan pemimpin DAP? sudah tentu mereka itu mahu bertanding di semua kawasan cina.

Hingga setakat ini, tiada kesepakatan daripada parti pembangkang, bahawa Shafie bakal dilantik sebagai Ketua Menteri, kerana jawatan itu diintai juga oleh Lajim, Bumburung, Jeffery dan Yong. Tiga pemimpin kanan pembangkang itu, terlalu sukar berkompromi, untuk menjadikan Shafie sebagai Ketua Menteri, atas sebab itu, akan berlaku bertembungan sesama sendiri, seperti mana berlaku pada tahun 1985, antara PBS dan Usno semasa melawan Parti Berjaya.

Melihat kepada senario politik Sabah dan sejarah para pemimpin pembangkang yang sedia ada, tidak mudah menyatukan pembangkang. Atas sebab itu, rakyat jangan mudah menerima janji-janji mereka, kerana pada akhirnya rakyat yang menjadi korban, kerana pemimpin pembangkag akan bersengketa dan berpecah, untuk menentukan haluan masing-masing. Jika demikian berlaku, maka adalah menjadi kerugian besar kepada rakyat, kerana terdengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan.

2 comments:

Unknown said...

saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang kemarin di berikan 4D yaitu 6377 TGL 01-09-2016
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat Rp.250.juta dalam bentuk uang indo bagi saudarah-saudarah di indo maupun di luar negeri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-082-370-357-999-) MBAH SERO
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri..

bernhan said...

We, the undersigned, call on the opposition leaders of Sabah to cooperate and fight one by one to Barisan National.

https://www.gopetition.com/petitions/gabungkan-pembangkang-sabah-satu-lawan-satu.html

Blog Archive