Monday, December 14, 2015

Selepas PAU2015- Ole-Ole Perwakilan Kepada Akar Umbi?

1. Para perwakilan yang hadir pada PAU 2015 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu, kini mungkin sudah berada di kawasan masing-masing, walaupun ada juga masih di ibu negara, menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga. Bagi yang berduit, terus ke luar negara, bukti itu didapati melalui nada dering daripada telepon bimbit mereka.

2. PAU pada kali ini, tidak banyak membawa isu, walaupun keadaan PAU yang agak mencabar, akibat perbalahan dalam parti. 

3. Mengikuti perbahasan, nampaknya rata-rata perwakilan berhujah berkaitan dengan pertautan pemimpin, perdamaian pemimpin, walaupun ada juga perwakilan bercakap soal-soal kehidupan yang didepani, khususnya kenaikan sara hidup akibat lonjakan harga barangan yang disebabkan oleh beberapa faktor.

5. AYT tertarik ucapan daripada seorang perwakilan (terlupa catit negeri mana) yang menyarankan, agar BR1M diberikan berasaskan bulanan, kepada mereka yang terjejas teruk akibat peningkatan sara hidup yang mendadak naik, akbiat beberapa polisi kerajaan yang tidak popular. Saranan itu, sebenarnya bukan perkara baru, kerana tindakan seperti itu berlaku bagi negeri yang sedang membangun mahupun yang sudah membangun. Ada negara-negara memberikan bantuan bulanan kepada rakyat yang tergolong kurang mampu, agar supaya rakyat itu, mampu memndapatkan taraf kehidupan minima sebagai rakyat, yakni cukup makan yang berkualti, serata cukup tempat tinggal yang memenuhi syarat sebagai rakyat yang merdeka.

6. Sebenarnya, kerajaan jika memberikan bantuan bulanan kepada mereka yang terjejas atau mereka yang tergolong dalam kategori yang perlu dibantu, daya beli golongan ini akan meningkat, ertinya turnover barangan juga senakin laju, dan pada gilirannya, produktiviti juga semakin bertambah. Kerajaan memperolehi cukai daripada produktiviti yang bertambah, semakin tinggi produktiviti dan semakin cepat produk terjual, maka semakin besarlah cukai yang bakal diperolehi kerajaan.

7. Sayang sungguh, semasa penggulungan Presiden Parti, beliau terlepas padang saranan daripada perwakilan itu. Bagi AYT, saranan itu, merupakan salah satu produk PAU2015, jika ianya dipersetujui disamping salam perdamaian daripada Presiden.

8. Cadangan pemberian BR1M bulanan kepada rakyat yang kurang mampu, sebenarnya satu penyelesaian jangka pendek bagi mendepani, rasa resah rakyat khususnya kumpulan sasar yang sedang berdepan dengan keperitan hidup. 

9. Keadaan sekarang, sebenarnya tidak sama dengan keadaan tahun 1997/1998 di mana berlaku krisis kewangan, kerana masa itu yang tertempias adalah mereka yang mempunyai komitmen dengan sistem perbankan. Keadaan kini, rakyat majoriti yang terkena, kerana akibat lonjakan sara hidup yang mendadak naik, akibat beberapa polisi kerajaan, seperti GST, rasionalisasi subsidi dan sebagainya.

10. Kerajaan belum terlambat, pelaksanaan memberi bantuan tunai bulanan kepada kumpulan sasar masih boleh dilakukan. Fikir-fikirkan lah.

1 comment:

Anonymous said...

Inilah akibat legasi si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey! Dia, anak-beranak dia dan tokey-tokey kroni depa terus hidup mewah dgn. BERBILLION wang rakyat yg. diROMPAK, hingga sekrg!!

Lihat artikel sungguh BERNAS ini di - http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/12/artikel-untuk-pentaksub-dan-macai-dr.html:

Monday, December 14, 2015

Artikel untuk pentaksub dan macai Dr. Mahathir

.....Bekerjasama bersama Claire Brown untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat

ANTARA DULU DAN SEKARANG

.....Mengenai peningkatan kos sara hidup, salah satu dari aduan orang ramai adalah kos pengangkutan dan tol jalan raya.

Di maklumkan PLUS Berhad, syarikat yang memiliki Lebuhraya Utara-Selatan, dulunya di miliki oleh Tan Sri Halim Saad, seorang sahabat-karib Tun Daim.

Adakah anda tahu jika berdasarkan perjanjian Lebuhraya Utara-Selatan yang asal yang di tandatangani semasa pentadbiran Tun M, sewaktu di miliki oleh Tan Sri Halim Saad, hari ini bayaran tol dari Bukit Kayu Hitam, kedah ke Skudai, Johor adalah RM216.80 ringgit bagi kenderaan kelas 1.

Di bawah Kerajaan kepimpinan DS Najib,pada tahun 2011, kadar tol di kira balik (reviewed) menjadikan jumlah tol untuk perjalanan yang sama sekarang adalah 102.80 ringgit, setengah dari bayaran tol jika perjanjian asal di teruskan!

DS Najib juga mengarahkan pemilikan PLUS, di ambil-alih oleh KWSP (EPF). Oleh kerana tuan punya highway PLUS sekarang adalah KWSP, sebuah agensi Kerajaan, maka adalah lebih senang untuk berunding dan juga, kalau ada kenaikan tol pun, hasilnya akan tersalur kepada pencarum-pencarum EPF, dan bukannya masuk ke dalam poket kroni.

Sama juga dengan ERL di mana Kerajaan terpakasa membayar pampasan RM2.9 bilion kerana harga tiketnya tidak di naikkan selama 14 tahun. Kerana kejatuhan pendapatan dari hasil minyak yang berkurang sebanyak RM30bn, Kerajaan tidak lagi berupaya membayar pampasan ini. Sebab itulah harga tiket ERL naik. Sungguhpun begitu, DS Najib telah mengarahkan diskaun dapat di berikan kepada golongan2 tertentu.

Ini hanya dua contoh projek-projek mega di bawah Tun M yang di mana di persetujui oleh pentadbiran Tun M tetapi sebenarnya bayarannya terpaksa di tanggung berpuluh-tahun selepas perjanjian-perjanjian tersebut di tandatangani. Orang lain dapat nama, DS Najib yang terpaksa menanggung kepayahannya, kena tibai dengan rakyat.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa pembayaran BRIM adalah pertama kalinya Kerajaan mengenalkan skim menampung kos sara hidup kepada rakyat yang memerlukannnya tanpa mengira bangsa dan agama. Skim BRIM ini di tentang hebat oleh Tun M.

Di bawah Tun M, subsidi di berikan untuk banyak keperluan harian seperti petrol, gula, minyak masak dan lain-lain. Tetapi subsidi sebegini adalah tidak adil kerana orang yang berpendapatan tinggi yang memiliki beberapa buah kereta dapat menikmati subsidi petrol dari seorang yang hanya memiliki sebuah motorsikal Kenapa Kerajaan harus membayar sebahagian kos petrol untuk kereta-kereta mewah milik orang kaya?

Adalah perlu juga hamba Allah ini tahu subsidi ini juga dapat di nikmati oleh para peniaga dan pengilang, umpamanya pengilang roti dan biskut. Biskut tersebut di eksport ke luarnegara dan pengilang mengaut kekayaan di atas subsidi titik peluh rakyat Malaysia. Adakah ini adil?...... (teruskan membaca)

Nek Tempoyak.


Blog Archive