1. Terlihatnya bagaimana stressnya penduduk yang mendiami kawasan maju seperti Lembah Klang dan sekitarnya. Mereka ini, bukan sahaja stress mencari wang, akan tetapi stress berdepan dengan keadaan sekeliling. Selain itu, mereka juga stress mempertahankan ego dan lifestyle masing-masing.
2. Penduduk Lembah Klang, adalah sebahagian rakyat negara ini yang berpeluang menikmati pendapatan tinggi, berpeluang merasakan apa itu infrastruktur moden dan merasakan semua keperluan manusia tidak perlu dicari jauh-jauh malah senantiasa di depan mata. Berlainan dengan penduduk yang mendiami perkampungan atau luar bandar, penduduk yang mendiami kawasan Lembah Klang, kalau dilihat dengan mata kasar sebenarnya berada di syorga nyata, manakan tidaknya, tiada keperluan yang dicari daripada kompleks belah belah, rangkaian pengangkutan, kemudahan perbankan, kemudahan pendidikan dan bermacam kemudahan. Pun demikian, mereka senantiasa stress!!!! Mengapa???
3. Bukti stressnya mereka, apabila senantiasa menunggu kenyataan menteri kerajaan. Apa sahaja kenyataan Menteri, dilihat daripada segi negatifnya. Terbaru kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkaitan dengan BANGUN AWAL, bagi mengelak KESESAKAN JALANRAYA DAN MEMILIH JALAN TIDAK BERTOLL untuk sampai ke tempat kerja.
4. Sebenarnya kenyataan Menteri itu, tiada cacat celahpun, kerana perbuatan banguan awal sebenarnya sudah menjadi rutin harian penduduk Lembah Klang sejak sekian lama, hanya ianya tidak dizahirkan melalui kata-kata. Tindakan bangun awal, sudah menjadi kerja rutin, sehingga sudah menjadi kebiasaan yang bersifat tidak sedar, namun apabila dibangkitkan, mereka itu tersedar daripada lamunan, dan merasa tindakan rutin mereka itu sebenarnya salah, dan menggambarkan bahawa keperluan mereka bangun awal merupakan kesalahan penyedia infrastruktur seperti jalan bertol, LRT, MRT atau kemudahan lain yang menyokongnya.
5. Stress menyebabkan manusia tidak dapat meluah fikiran yang bernas, malah apa yang terhambur adalah yang negatif. Stress memang penyakit semulajadi bagi penghuni bandar. Jikalah para penghuni Lembah Klang dapat membayangkan betapa stressnya penduduk Kota Metropolitan Jakarta, Manila Dan Bangkok, mungkin mereka itu, bukan lagi dalam keadaan stress, melainkan bertukar kepada tahap angau dan gila.
No comments:
Post a Comment