Sunday, October 25, 2015

Gunting Dalam Lipatan

1. Tiba-tiba peribahasa melayu "gunting dalam liptan" bergema. Peribahasa ini timbul apabila Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhiyidn Yassin mengaku bahawa beliau bukanlah pemimpin jenis itu, akan tetapi senantiasa menyokong ketuanya. Namun, pada keadaan yang sama, beliau juga membongkar, bahawa beliau salah seorang daripada gunting dalam lipatan, semasa Pak Lah masih Perdana Menteri. 

2. Apabila peribahasa gunting dalam lipatan bergema, kini ditambah pula dengan peribahasa lain yang bererti sama "duri dalam daging".

3. Kepimpinan DS Najib sebenarnya telah menyedari terdapatnya pemimpin gunting dalam lipatan dan duri dalam daging, atas sebab itu melalui rombakan kabinet pada 28 Julai lalu, beliau menggugurkan pemimpin yang berada dalam kategori tersebut.

4. Semua pihak tahu, bahawa Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno digugurkan daripada kabinet-iaitu Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Shafie Apdal. Dua pemimpin ini, begitu krtikal terhadap 1MDB syarikat milik Kementerian Kewangan, di mana Menterinya adalah Perdana Menteri sendiri.

5. Sebenarnya, tindakan sebagai gunting dalam lipatan serta duri dalam daging, merupakan tindakan yang amat bahaya berbanding dengan musuh sebenar. Berdepan dengan musuh adalah nyata, kerana kita tahu siapa mereka, namun bagi berdepan dengan seseorang yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan amat sukar sekali, kerana sifatnya yang tidak nyata. Manakala pemimpin yang bertindak sebagai duri dalam daging, senantiasa menjadikan ketua atau pasukan dalam kesakitan, kerana tindak tanduk yang mengancam pasukan.

6. Dalam isu 1MDB, sebaiknya semua anggota kabinet, kena bertungkus lumus untuk memperbetulkan sesuatu yang tidak betul, selain itu merungkainya melalui penjelasan yang tidak mengundang masalah. Apa yang dilakukan oleh mereka yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan, mereka mengapi-apikan keadaan, sehingga dipergunakan oleh pembangkang dan media asing menyerang kepimpinan negara.

7. Pendesak kepada DS Najib agar meletakkan jawatan, mempergunakan isu 1MDB. Mereka tidak sabar-sabar menunggu siasatan terhadap syarikat tersebut. Mereka tahu, jika siasatan selesai dan DS Najib tidak terlibat dengan salah laku, maka semua kritikan mereka akan menjadi auta.

8. Perlu diketahui, bahawa DS Najib sendiri yang mengarahkan, agar satu siasatan dilakukan terhadap 1MDB, untuk mencari tahu, benar kah ada salah laku berlaku? Kini, menurut kenyataan terbaru syarikat tersebut, hutang syarikat itu sebanyak RM42bilion akan terlangsaikan sebelum akhir tahun, malah syarikat tersebut akan mendapat banyak lebihan tunai melalui hartanah tanah yang dimilikinya.

9. 1MDB adalah milik sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, ertinya milik kerajaan dan rakyat. Syarikat itu bukan milik individu. Jika syarikat itu mendapat lebihan tunai, ertinya kerajaan akan memiliki lebihan tunai.

10. Sayang sekali, satu syarikat yang boleh menjana pendapatan untuk negara dipolitikkan, sehingga hartanah miliknya Edra Energy terpaksa bertukar tangan, kerana pihak yang mengeritik syarikat telah berjaya memberi inej buruk kepada syarikat tersebut. Atas sebab imej buruk itu, maka usaha terbitan awam (IPO) sukar untuk berjaya.

11. Tahniah kepada Mantan Perdana Menteri dan para pemimpin DAP khususnya Tony Pua, kerana berjaya menggagalkan syarikat kerajaan yang mempunyai manafaat jangka panjang kepada rakyat.

12. Mereka tidak menghargai, kalau bukan kerana 1MDB, tarif litrik negara sudah naik sejak tahun lalu. Oleh kerana 1MDB, tarif litrik diturunkan. Siapa yang rugi, kerana menggagalkan 1MDB? jawabnya adalah rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Maka rakyat jugalah yang menanggung hutang 1MDB....

SOKONG BAWA REBAH

Anonymous said...

Anon 2307, mana ada rakyat tanggung hutang 1MDB? Dalam pelan rasionalisasi 1MDB kata nak jual Edra dan tanah milik 1MDB tapi x sebut nak ambil wang rakyat. Kau cakap mana buktinya?

Blog Archive