Sunday, August 30, 2015

Himpunan Bersih: Sejujurnya Apa Yang Anda Rasa?

1. Bagi penganjur, memang rasa puas hati, kerana tidak mengecewakan dalang dan pemberi dana. Namun bagi perserta yang dijanjikan sesuatu, rasa kekecawaan itu memang tergambar. Pengalaman AYT berjumpa dengan peserta Bersih 4.0 semalam, rasa kekecewaan itu memang sangat terasa. Jika orang-orang berumur dan berjalanpun susah menyertai himpunan jalanan. anda rasa apa yang menyebabkan mereka ikut serta?

2. AYT kata, apabila sempat duduk dengan mereka di sebuah restoran mamak, tak apa ini negara kita, tak kan dalam restoran kita lapar. Konsumsilah apa yang perlu, kalau duit tak cukup bayar, boleh masuk buku 555, kerana mamak pemilik restoran masih percaya kita. 

3. Pagi ini AYT terbaca, pengerusi Penganjur Bersih 4.0- Maria Chin Abdullah mengutuk pemberi minuman percuma kepada peserta, kononnya minuman itu disuntik dengan bakteria, sehingga peserta sakit perut dan muntah-muntah, malah mereka bertindak membuat laporan polis.

4. Senario demikian, menggambarkan bahawa mereka yang datang berhimpun, tidak membuat persedian untuk keperluan sendiri seperti makan minum, kemungkinan besar, telah dijanjikan segalanya telah diatur dan diurus. Oleh kerana keperluan itu tidak kunjung tiba, maka sebarang makanan atau minuman yang diberikan, sudah pasti akan dikonsumsi, kerana perut, tembolok kelaparan dan kehausan.

5. Apapun yang digambarkan mengenai jumlah yang hadir, apakah mencecah angka 200ribu seluruh dunia atau yang hadir di tiga lokasi Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu mencecah 100ribu, bukan perkara utama, kerana jumlah itu tidak akan mampu menang dalam sistem demokrasi. Jumlah itu kalau dibanding dengan jumlah pengundi berdafar 14 juta kurang 1 peratus atau hanya 0.71 peratus atau dibanding jumlah rakyat negara hanya 0.33 peratus, satu jumlah yang sangat kecil. Jumlah itu tidak akan dapat menumbangkan sebarang kerajaan dalam sistem demokrasi.

6. Demonstarsi Bersih 4.0 yang berlarutan sehingga sekarang, hanya menyebabkan Malaysia menjadi perhatian dunia, bukan kerana sesuatu yang baik, akan tetapi sebahagian rakyat yang membangkang kerajaan turun ke jalan mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, dengan dakwaan rasuah.

7. Sebahagian kecil rakyat itu telah menghukum perdana menteri bersalah, sebelum dakwaan dibuktikan. melalui tindakan mereka itu, mengenepikan suara 99 peratus pengundi dan rakyat. Adil kah mereka itu? Tanyalah diri anda sejujurnya, adilkah mereka itu? menghukum seseorang pemimpin seperti DS Najib Razak!!!.

2 comments:

Anonymous said...

Lepas ini jom kumpulan anti Bersih buat d P Penang selepas solat Jumaat

Anonymous said...

Bagi saya semua ini kerana mereka benci UMNO tonggak Melayu tidak sangat DS Najib..tetapi biasalah DAP licik orang Melayu ikut je...

Blog Archive