1. Tun Dr Mahathir kehilangan pertimbangan dan kemampuan menilai, apabila menyamakan DS Najib Razak dengan bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.
2. Untuk mengimbas kembali, kerajaan Filipina di bawah Marcos merupakan kerajaan di bawah undang-undang tentera (Marshal Law), dan kerajaan yang dipimipin mantan Presiden itu bukan atas asas demokrasi tetapi kuasa tentera dan kuku besi.
3. Umum tahu, bahawa di bawah pemerintahan Marcos, rakyat ditindas dengan teruk, malah penduduk islam di Selatan Filipina menjadi pelarian dan Sabah menjadi mangsa sehingga kini.
4. Seorang negarawan, seperti Tun Dr Mahathir, kehilangan jatidiri, hanya kerana menurut nafsu, hanya kerana terikut-ikut permainan pembangkang, sehingga sanggup menelan ludah sendiri.
5. Rupanya polisi dan tindakan yang beliau ketengahkan kepada rakyat selama 22 tahun, hanya sandiwara, bukanpun merupakan asas yang perlu dipertahankan. Seperti kata Dato Hishamuddin Hussien, pada tahun 1998, semasa gerakan Reformasi yang diketuai Anwar Ibrahim, mantan Perdana Menteri itu mengutuk habis cara Anwar itu, namun kini kutukan itu hanya sandiwara, kerana di penghujung kehidupan mantan PM itu, mengakui bahawa kutukan beliau tersebut hanya wayang, tiada kebenaran mengenainya.
6. Para pemimpin atau rakyat yang pernah menaruh keyakinan kepada mantan Perdana Menteri itu sebagai negarawan, perlu bermuhasabah diri, dan perlu mengikis stima Dr Mahathir yang mereka pauti, kerana semuanya itu hanya mainan politik mantan PM itu.
7. Terlalu diluar fikiran rakyat Malaysia yang majoriti, bahawa mantan PM itu sanggup menyamakan DS Najib dengan Marcos, sedangkan situasi dan kondisi yang berbeda. Rupanya, Tun Mahathir tidak mahu lagi menggunakan asas demokrasi bagi membentuk atau memilih kerajaan, sebaliknya mahu cara Filipina melantik kerajaan, iaitu melalui kuasa jalanan (strait power) bukan kuasa rakyat (people power).
8. Terfikirkah oleh mantan PM itu, jumlah 200 ribu bukan kuasa rakyat kerana jumlah itu hanya 1.43 peratus daripada jumlah pengundi seluruh negara, malah hanya 0.67 peratus daripada rakyat negara ini.
9. Kepada rakyat yang cintakan perdamaian dan keamanan, jangan sekali-kali menghancurkan negara hanya kerana memenuhi nafsu seseorang.
15 comments:
Sebenar saya setuju dgn tdm...cuba buka fikir dan hati nuranimu admin...sudah tetang lg bersuluh....huh...
Tun M jangan jadi bodoh
Kasihan kat penulis upahan Najib dol adik beradik Nuar jubury nie. Kan Tun Mahathir dah cakap gerak kerja jahanam si Najib dalam berpolitik ala Marcos dengan menutup segala saluran undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Ini langkah awal dia nak berkuasa selama mungkin.. Itu memang jalan ala Ferdinand Marcos lah tu.. Penulis ini memang kurang jati diri sebagai anak bangsa Malaysia yang merdeka. Cuba anda fahami dan insafi diri menonton Bicara Negarawan di pasir gudang. Tun Mahathir sendiri tanpa selindung dah bilang dia sebagai pahlawan Umno yang akan terus berjuang untuk Bangsa Agama dan Negara hingga akhir hayatnya. Malah beliau sendiri ingatkan hari mati beliau yang entah akan tiba tak berapa lama lagi. PErnahkah si pahlawan bugis itu mengingati hari mati beliau, hingga tak takut malah terus melakukan penipuan dan penyalahgunaan kuasa tanpa henti.
Anak bangsa Selangor
Bersih 4 memang agenda DAP.
Tapi Najib harus berundur.
Orang nyanyuk dah tak ingat apa dia kata. Dia sudah lupa. Dia dah tak sehebat dulu, umpama pucuk dah layu.
Orang Melayu tahu dia dipergunakan oleh puak kaki ampu. Fikiran dia dah tak macam dulu. Slogan "Melayu Mudah Lupa" adalah dicipta khas untuknya " Mahathir Sudah Lupa"
Soladariti untuk Pm Najib.
Kenapa dia tak bawa ketidak puasan hatinya ke Perhimpunan Agong UMNO dia masih lagi ahli UMNO. Dia boleh dipilih oleh bahagiannya untuk nyatakan pendiriannya.
Kenapa dia begitu bersungguh-sungguh nak menjatuhkan Najib. Kenapa dia tak bersungguh-sungguh menghapuskan DAP yang nyata sangat racis yang telah terang lagi bersuluh menghancurkan demokrasi negara.
Adakah dia bacul dan pengecut berhadapan dengan perwakilan yang akan mula membicarakan agendanya secara terbuka. Bagaimana dia mengatur strategi hingga dia dapat bertahan hingga 22 tahun memerintah.
Walau harumnya Mawar apakan daya Jebat dalam klopaknya. Inilah Mahathir , penyebab UMNO pernah diharamkan.
Tun menyatakan tidak menyokong bersih tapi menyokong rakyat.pucuk pangkalnya najib perlu berundur.bukan sahaja untuk menyelamatkan umno dan barisan nasional tetapi juga masa depan orang melayu.jika kita lihat di media sosial khususnya menyatakan majoriti secara terangan tidak menyokong najib dan perkara ini sekaligus akan menyebabkn umno parti yang ditunjangi orang melayu akan tewas dan ini memberi ruang kepada bangsa lain memerintah negara kita.pada masa itu untuk kita kembalikan semula kuasa kepada bangsa mlayu amat sukar dan mlayu akan merempat di tanah air sendiri.jadi najib perlu berundur secara terhormat demi menyelamatkan masa depan bangsa melayu.
Dah kata haram pasal apa tak tangkap, pasal kebanyakan Cina ke, kalau Melayu sah dah kena?
Siapa yang beri muka kepada mereka, tanya diri sendiri sebelum nak tuduh orang?
Aku setuju. Bersih grand design dap. Najib pula wajib berundur. Lalu kenapa tun merosakkan reputasi negarawan atas maksud menurunkan najib? Perlukah menumpang baju kuning untuk menolak najib dari tampuk kuasa? Bukankah baju kuning sebelum ini dicaci oleh tun? Sampai juga masanya tun tunjukkan selama 22 tahun ini dia betul2 jujur atau wayang!
Selamatkan umno dgn menyertai bersih? Tolonglah, tumpang.tanya sikit. Siapa yg bersungguh2 untuk jayakan bersih, dap ke umno? Melalui bersih umno akan selamat? Marahkan seekor musang habis sekampung dibakar....
Bukan bermaksud dgn menyertai bersih umno akan slamat.tetapi 'lawatan' tun trhadap bersih ini adalah untuk menunjukkan isyarat supaya najib brundur sblum pru akn dtg.najib mungkin tidak mahu brundur krana sangkanye die masih mendapat sokongan daripada rakyat kesan daripada maklumat yg diberikan oleh penasihat2nya.realitinya rakyat menolak najib dan mungkin pru akn dtg mereka akn mengundi parti pmbangkang.pada masa itu sudah trlambat untuk umno brtindak.najib perlu brundur dan pemulihan umno perlu dilakukan sblum pru akn dtg..
Gelaran yg Tun terima lagi hebat, Mahafiraun, Mahazaliam dan macam2 maha lagi. Setakat macam Marcos x de apalah. Yg penting Najib perlu kuat semangat dan istiqomah demi kebaikan bangsa, negara dan agama. Percaya pada kadha dan kadar Allah dan berani kerana benar.
Nampak gayanya Mahathir memang nak Najib tumbang sebelum PRU14 ni... sebab Mahathir dah tersepit dengan masalah ciptaan dia sendiri. Nak tak nak dia wajib tumbangkan najib sebelum PRU14. Masalah tun ni adalah dia dah terang2 burukkan dan serang najib atas bawah kiri kanan depan belakang serangan pulak yg besar2 spt melibatkan pembunuhan (kes altantuya), seleweng duit 45 billion, pastu seleweng pulak duit 2.6 billion sesuatu tuduhan yg maha berat, dah ramai rakyat yg terpengaruh dgn kata2 tun. Jika hasil keputusan PRU14 akan datang pembangkang menang hasil tuduhan tun kpd najib maka hilang harapan tun nak lihat mukhriz naik jadi TPM semua umno termasuk anak dia akan jadi pembangkang, tambah sakit lagi kalau DAP hentikan kontrak anak2 tun yg jadi billionaire tu lagi parah... tapi kalau umno masih menang bermakna rakyat ramai tidak percaya pada tun lagi... itu mungkin buat tun jadi lebih sasau...itu sebab tun terdesak tahap dewa untuk tumbangkan najib sebelum PRU14.
Tun nak selamatkan UMNO ke nak jahanamkan UNMO? hakikatnya Tun sanggup memfitnah, sanggup u turn 180% dan langgar prinsip2 yg dia sendiri nyatakan sebelum ini. Ini sindrom nyanyuk atau sakit jiwa tahap kronik?. Negara dan UMNO ada undang2. Tun masuk lah bertanding jawatan presiden UMNO dalam pemilihan nanti. Kalau Tun menang, berundurlah Najib. Kenapa nak meroyan x tentu pasal, nak jadi pahlawan sepanjang hayatlah, tapi undang2 x mahu ikut. Ini Malaysia bukan dia yg punya dia, x de hak nak tentukan sapa PM. Biar ahli2 UMNO tentukan secara demokrasi.
Post a Comment