Berikut kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia Dato Hishamuddin Hussein, di Sepanggar Sabah pada Ahad.
1. "Saya kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat saya hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam".
2. "Bagi saya, beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang UMNO dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini".
3. "Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan."
4. Kita semua tahu bahawa Bersih merupakan perhimpunan yang salah di sisi undang-undang. Malah, lebih teruk, Bersih kali ini telah menggugat keharmonian negara kerana diadakan di saat negara bersiap sedia menyambut kemerdekaan.
5. Selama ini, kita tidak pernah menyekat Tun Mahathir untuk menyuarakan pandangan beliau di mana-mana platform sekalipun.
6. Tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
7. Mungkin Tun Mahathir tidak bersetuju dalam beberapa isu, tapi janganlah sampai merobohkan apa yang beliau sendiri telah sama-sama bina selama ini. Jangan kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar.
8. Beliau pasti sedar kesan keselamatan dan bahayanya jika demonstrasi jalanan dibiarkan berleluasa. Banyak negara di dunia tumbang bila mana pemimpin dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Inikah matlamat yang ingin dicapai oleh seorang negarawan yang disanjung?
8 comments:
Mahathir mewakili rakyat, bukan bersih.. Selagi najib masih angkuh rakyat akan tentang. Aku dah muak dgn najib dan angota menteri2nya yg memandang rakyat bodoh & bangsat Dan boleh dibelinya dgn duit. 'money is the king '
Kau lagi bangsat kalau bertuankan cina2 komunis..
Macai najib,dah nampak dah
Aku lagi kecewa tengok gelagat kau ckmm.
Rakyat mana yg Tun wakili? Majoriti demo cina. Adakah dia wakili kroninya bangsa cina mcm vincent tan? Tun bangsa apa? Agama apa? Cash is king sesuai untuk Tun bukan Najib. Kroni cina tu hanya mempergunakan Tun sahaja. Kalau untuk rakyat turunlah masa sambut merdeka bukan demo mcm ni.
Dah tua nak mampus....
Suka la DAP jadi tuan mcm kat Penang...
Habis riwayat kampung2 Melayu....
BARU PADAN MUKA AKU.....haa...haa.. haa...
Aku.. dulu sokong pas.. pas kawen dap aku tggal. Sokong umno.. najib buat hal.. aku sokong mahathir... mahathir plk buat Hal..balik asal.. harap kekal
Sekurang-kurangnya Tun Mahathir pergi perhimpunan haram bersih sebagai negarawan ulung untuk membetulkan persepsi antarabangsa yang kita rakyat Malaysia bersatu menentang korupsi oleh PM. Bukan soal mana2 kaum dan bangsa pun. Ini soal supaya Masyarakat dunia faham Malaysia Negara hebat yang sentiasa berjuang untuk keadilan dan kebenaran sejagat. Supaya orang memandang Negara Malaysia Negara yang mendukung ajaran agama Islam yang sebenar yang anti kepada ulul amri yang zalim lagi khianat dengan kuasa yang diamanahkan. HInggakan orang bukan Islam di Malaysia pun bersatu menentang kefasikan si Najib yang konon Islam namun tidak berakhlak muslim sebenar. Mudah-mudahan nilai ringgit akan pulih dan ekonomi Negara akan bertambah baik, atas kesedaran pelabur dan masyarakat antarabangsa yang akan yakin bahawa kita bukan sebuah Negara yang penuh dengan korupsi dan tidak amanah.
Post a Comment