1. Inilah kali ke-4 Bersih turun ke jalan bermula tahun 2007. Tujuan asal himpunan itu konon untuk pilihanraya bersih, namun kini berubah.
2. Pada 29 dan 30 Ogos selama 34 jam, Berish merancang turun ke jalan, kali ini bukan bertujuan sepertimana penubuhan kumpulan tidak rasmi itu, akan tetapi turun ke jalan untuk meminta Perdana Menteri DS Najib Razak meletakkan jawatan. Perbuatan tersebut sudah menyimpang daripada tujuan asal kumpulan itu.
3. Tindakan mereka pada kali ini dikatakan secara besar-besaran, kerana mendapat dana yang besar, di mana dana itu digunakan selain mencetak T-shirt juga perbelanjaan makan manium perserta, selain kos pengakutan para peserta selain wang saku.
4. Dikatakan sehingga RM350 seorang dibayar kepada peserta yang sanggup turun ke jalan pada pada hari yang dijadualkan.
5. Tujuan mereka memilih berhimpun pada 29-30 Ogos selama 34 jam selain menggangu persiapkan Hari Kemerdekaan yang membawa SEHATI SEJIWA, juga bermatalamat agar himpunan kali ini mengundang kepada kekacauan, sehingga menjurus kepada Arab Springs seperti mana berlaku di Mesir, Libya dan Tunisa. Selain itu, himpunan itu mengundang agar pihak polis bertindak, dan jika keadaan tidak terkawal, maka perintah berkurung akan diistiharkan.
6. Himpunan bersih bukan sahaja mengambil tempat di Kuala Lumpur, malah Kuching dan Kota Kinabalu. Di Kota Kinabalu, pihak polis telah mengistiaharkan bahawa himpunan tersebut tidak sah dan tidak dibenarkan.
7. Jika himpunan 1.0. 2.0. 3.0 melibatkan para penyokong PAS, namun kali ini, nampaknya para penyokong parti itu tidak mahu melibatkan diri. Umum mengetahui, peserta paling ramai setiap himpunan adalah daripada Pas.
8. Mungkin pada kali ini, Bersih 4.0 mahu menggamit para penyokong Umno dan Bn yang menolak Perdana Menteri. Jika himpunan kali ini mendapat sambutan, tidak dapat dipungkiri, bahawa penyokong Umno dan Bn juga turut sama berhimupun semata-mata kerana tema yang dipilih- MENDESAK DATO SERI NAJIB RAZAK berundur.
1 comment:
Bersih di taja oleh Yahudi. Yahudi telah berjaya pecah belahkan PAS. Sasaran kedua menjatuhkan pemimpin Melayu. Harap umat Islam jauhi kerja-kerja Yahudi ini yang ingin negara kita kucar kacir
Post a Comment