Tuesday, February 10, 2015

Terkini Sodomi II: ANWAR BESAR KEMUNGKINAN DIDAPATI BERSALAH

Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.

Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.

Tepat 12.07PM:Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

ASAS mengapa Anwar Ibrahim bakal didapati bersalah adalah penghakiman yang menyatakan bahawa sampel air mani tertuduh tidak tercemar.

Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.

Hakim juga berkata dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu “tiada merit”.

“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya
Hakim sentuh dakwaan bahawa Saiful bertemu Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, dan pegawai khasnya Khairul Anas.

 Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain.

Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang.

Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai “bukti bebas”.

“Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel),” katanya

Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk. 

Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA Anwar tidak tercemar.

No comments:

Blog Archive