Friday, February 27, 2015

Suspek Pembunuh Gadis Keningau Ditangkap

SUSPEK pembunuh sadis di Keningau, pada isnin berjaya ditangkap. Suspek merupakan penjaga malam pejabat daerah itu berumur dalam lingkungan 30 tahun.

Seorang perempuan Tator yang mempunyai kedai fotokopi di tingkat atas bangunan itu, turut juga ditahan. Wanita itu dikatakan sebagai dalang utama.

Menurut saksi mata, wanita tator itu, dilihat turun tergesa antara pukul 8.00-8.30 hari kejadian, kemudian menutup kedainya tanpa penyebab.

Sepasang gunting dijumpai di bawah mesin fotokopi, dipercayai senjata yang digunakan membunuh mangsa.

Penemuan bahan bukti itu dibantu oleh anjing pelacak polis, di mana dapat mengesan darah mangsa di pintu kedai fotokopi itu.

Mangsa dikatakan mati, disebabkan beberapa tikaman di bahagian dada dan rosok, serta kepala dihentak dengan benda tumpul.

1 comment:

Unknown said...

Salam. Blog/portal tuan di pautkan ke http://spotthebloggers.blogspot.com Mohon email andainya tn membantah. TK

Blog Archive