Sunday, October 12, 2014

Pas Hanya Gantung Keahilan Saari dan Hasnul

PAS hanya mampu menggantung keahlian dua ADUN yang membelot berkaitan kemelut MB Selangor ogos lalu. 

Pas pada hari ini melalui Setiausaha Agungnya menyatakan dua ADUN Pas Saari Sungip Hulu Kelang dan Hasnul Badaruddin Morib dilarang mengikuti seberang aktiviti parti selama setahun. Cara itu tidakpun menguggat kedudukan dua ADUN itu.

Nampaknya Pas tiada lagi kekuatan berdepan dengan tindakan pemecatan berhubung ahli atau wakil rakyatnya yang enggan menurut pendirian parti. Melalui tindakan hanya menggantung, ertinya Pas merasakan parti itu sudah lemah, dan tidak mampu lagi kehilangan ahli seperti Saari atau Hasnul.

Hasnul dan Saari bertindak lebih awal sebelum partinya membuat keputusan berkaitan cadangan PKR berhubung pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

Kena faham situasi politik jugak kalau tuan nak bagi komen... ya.. dengan pemecatan bermakna PR akan kehilangan 2 ADUN.. jadi bebas so how.. kekuatan atau kelemahan bukan semata2 pecat atau buang ahli.. UMNO pun apa kurangnya.. beberapa ahli yg dihukum, digantung, malah yg keluar parti di ambil semula dan diberikan jawatan.. apakah UMNO lemah tuan dengan cara ini???

Blog Archive