Wednesday, April 02, 2014

MH370: Konspirasi Siapa?

Enam jam sebelum Pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 berlepas ke Beijing dengan 239 penumpang termasuk kru, Mahakamah Rayuan Putrajaya telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat tahun 2006.

Satu pendedahan media sosial termasuk posting-posting Kapten Pesawat di wall facebook miliknya, serta gambar-gambar, mendedahkan bahawa Kapten Zaharie adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Selain itu didedahkan juga, bahawa juruterbang itu merupakan ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat cabang Subang. Atas sebab itu, ada pihak-pihak menuding jari bahawa kehilangan pesawat itu ada hubungan dengan peristiwa petang 7 Mac. Selain itu juga, ada yang berkata bahawa Kapten pesawat itu "not in a state of mind" kerana masalah keluarga, di mana isterinya meninggalkannya sehari sebelum mengemudi MH370 laluan Kuala Lumpur Beijing.
 
Kehilangan pesawat MH370, bukan kehilangan secara kebetulan, melainkan satu kehilangan yang dirancang secara rapi. Kalaulah tidak menyusul kehilangan pesawat MH370 pada 8 mac, sudah tentu media tempatan mahupun media antarabangsa akan menjadikan kes Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas sebab melakukan seks luar tabii dengan bekas pembantu peribadinya, akan menjadi tajuk-tajuk utama, selain itu penyiarannya bukan hanya sehari akan tetapi berterusan. Namun, akibat kehilangan MH370, maka mata dunia tertumpuh kepada kehilangan pesawat itu. Benar juga, hingga kini memasuki hari ke-24, siaran mengenai Malaysia tertumpuh kepada kehilangan MH370.

Tiada yang membangkitkan isu Anwar, kalau adapun Anwar sendiri yang membangkitkannya, agar namanya tidak tenggelam berbanding Dato Hishamuudin Hussien, yang kini amat popular di mata dunia, seolah-olah beliaulah Perdana Menteri Malaysia.

Konspirasi, adalah satu perbuatan sehala. Ertinya, seseorang yang sanggup menjalankan konspirasi sanggup bertindak tanpa kesan. Tidak boleh ditanya, sebab musababnya, kerana penjalan konspirasi, akan menoktahkan tindakannya. Ini yang kita nampak pada kehilangan MH370. Berbagai teknologi, berbagai aset yang canggih digunakan menyisir lautan Hindi, ruang udaranya, namun sehingga kini tiada sebarang clue berakitan pesawat itu.

Pesawat berbadan lebar seperti MH370, jika terhempas ke laut, setidak-tidaknya ada serpihan, adalah sesuatu yang luar biasa jika seluruh pesawat itu tenggalam ke dasar laut. Tambahan lagi, kehilangan pesawat itu, berjaya mengabui semua radar, kecuali pings/blips yang diterima satellite yang tidak menununjukkan arah mana pesawat itu terbang. Selepas dianalisis, maka diandaikan, bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi. Di mana hingga kini, teori hendak dibuktikan.

1 comment:

Anonymous said...

Semuanya berlaku atas kehendak Allah. Semoga kita rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya bersatu dalam pencarian MH370.

Blog Archive