Wednesday, March 19, 2014

MH370: Sekiranya Tidak Dijumpai?

Memasuki hari ke-12, kita yakin, pesawat malang B777-200ER MH370 dengan 239 penumpang dan krew berada di suatu lokasi. Lokasi yang dicari oleh 26 negara meliputi 2.3 juta batu persegi.

MH370 yang berlepas daripada KLIA laluan Beijing pada pukul 12.41 pagi Sabtu, 12 hari lalu sepatutnya mendarat di destinasi terakhir pada pukul 6.30 pagi yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai. Kini, timbul satu persoalan besar, bagaimana jika pesawat itu tidak akan dijumpai?. Pertanyaan itu, bukan sahaja memukul keluarga penumpang dan krew akan tetapi para pakar penerbangan, memandangkan pesawat berbadan besar seperti B777 gagal dikesan oleh peralatan canggih yang ada pada abad ini. Jika ini yang berlaku, maka ianya merupakan satu tamparan hebat kepada industri penerbangan, kerana akan gagal mengetahui punca sebenar, mengapa pesawat MH370 hilang secara misteri.

Sejak hilangnya MH370 pada awal pagi Sabtu, berbagai teori, bukan sahaja daripada pakar-pakar penerbangan, akan tetapi juga daripada pihak-pihak pasukan keselamatan seperti FBI, CIA, malah persik tempatan pun berspekulasi.

Selepas operasi mencari dan menyelamat di dua kawasan Laut China Selatan dan Selat Melaka, selama seminggu, tanpa clue di mana pesawat itu, akhirnya data satellite digunapakai sebagai asas untuk menghidupkan peluang menemui pesawat malang itu. Kelemahan data satellite, adalah tidak mampu menunjukan lokasi di mana pesawat itu berada; akan tetapi, pasukan operasi boleh mengagak di mana kebarangkalian pesawat itu, berasaskan lokasi dan arah penerbangan kali terakhir sebelum terputus dengan radar. Berasaskan bekalan minyak, pihak pencari dan penyelamat akan mengestimasi jarak maksima pesawat itu boleh diterbangkan.

Pesawat MH370, dibekalkan minyak untuk penerbangan 7.5 jam, atas sebab itu, pesawat boleh terbang sehingga 2,200 batu nautika, ertinya pesawat itu boleh terbang pada radius itu, samaada di selatan atau utara. Di selatan, pesawat boleh sampai di barat laut perth, Austrlia atau Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika, di Lautan Hindi, dan jika laluan utara, pesawat itu boleh didaratkan di negara-negara bekas kesatuan Uni Soviet.

Asas pencarian pesawat malang itu yang mana pada awalnya disangka terhempas/meletup di udara; namun kini kemungkinan pesawat itu didaratkan pada suatu lokasi rahsia di koridor utara bermula daripada Thailand. Akan tetapi jika melalui selatan, jika gagal mendarat di wilayah daratan Australia, dan Diego Garcia, maka besar kemungkinan pesawat itu terjunam di lautan Hindi, lautan yang luas, lautan yang mempunyai kedalaman beribu kaki, malah di sebahagian lokasi lebih dalam berbanding lautan Pasifik, di mana pesawat Perancis penerbangan 447 terhempas pada tahun 2009.

HOPE, Pray For MH370, hanya yang boleh dilakukan, sambil menggerakan berbagai asset dan teknologi untuk menemui pesawat malang itu. Namun, myth kehilangan pesawat atau kapal laut, bukanlah sesuatu yang aneh, sejak lebih setengah abad. Cerita bermuda triangle, cerita Devil sea di utara Filipina tidak akan lekang pada minda kita, bahawa kehilangan misteri pesawat bukan lah sesuatu yang pelik.

Kelemahan manusia, senantiasa tidak akan mengetahui apa yang akan berlaku. Atas sebab itu, apabila musibah berlaku, maka dicarilah penyebab musibah itu; termasuk seseorang yang diberi amanah, seperti juruterbang pesawat malang itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Fariq Abdul Hamid, sebagai co-pilot.

Keadaan yang menyelubungi pilot dan co-pilot sedang dipersalahkan atas kehilangan MH370. Zaharie, kerana sebagai penyokong Anwar Ibrahim, kerana seorang ahli PKR seumur hidup bagi cabang Subang, selain itu ada hubungan kekeluargaan dengan Anwar Ibrahim (Anwar sendiri mengakui); walaupun sebelum ini isteri Anwar, yang juga calon PKR bagi PRK Kajang- Wan Azizah Wan ismail, membuat kenyataan, bahawa Anwar tidak mengenali siapa juruterbang itu, malah para pemimpin PKR membidas kenyataan mengaitkan juruterbang itu dengan parti PKR.

Sementara itu, co-pilot juga dihubungkan dengan salah laku, apabila didedahkan bahawa dia pernah menjemput penumpang ke dalam kokpit pada tahun 2011.

Selain itu, kehilangan pesawat MH370, dikatakan dikuasai oleh seseorang atau kumpulan orang yang mempunyai kemahiran tinggi, bukan sahaja menerbangkan pesawat, juga daripada segi peralatan komunikasi pesawat.

Dunia kini, sedang memperhatikan, teknologi penerbangan, atas sebab pesawat sebesar B777 gagal dikesan oleh sebarang teknologi untuk mengenal pasti lokasi atau keadaan pesawat itu sekurang-kurangnya selama 7 jam.
 
Di mana pesawat malang itu? kembalilah itulah doa seluruh penduduk dunia; kecuali mereka yang terlibat menghilangkan pesawat, sudah pasti mengharapkan, kehilangan pesawat malang MH370 akan tetapi misteri sepanjang zaman.

3 comments:

Anonymous said...

K'jaan kita JANGANlah nak PERCAYA lagi sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! CIA dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean, tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi!

Ini berita terbaru kenapa sebenarnya kenyataan saksi-saksi di MALDIVES penting – yg. mesti disiasat oleh K’jan kita dgn. teliti dan segera sendiri!

Lihat di http://beforeitsnews.com/international/2014/03/mh370-pilots-simulator-had-diego-garcia-landing-programmed-in-2479048.html:

MH370 Pilot’s Simulator Had Diego Garcia Landing Programmed In!

Tuesday, March 18, 2014

(Before It's News)

I’ve believed the US/UK military has been involved in this all along, and that the plane was flown to Diego Garcia. Now, it seems all evidence is pointing that way…..If one connects the dots, it seems obvious this was a military operation using US/UK assets to hide the aircraft.

I’ve been glued to CNN, as this story is fascinating. Not once has that propaganda news channel mentioned that Diego Garcia is within the range of the flight the plane took. Yet it’s all over the internet. Hmm.

Dan komen seorg. Pembaca di blog itu:

stompk

“Hey Jim, thanks for that. I also noticed that residents of the Maldives are reporting seeing a large commercial airliner flying low by their islands headed towards the South. South of the Maldives is of course, Diego Garcia.

Dan di http://www.haveeru.com.mv/news/54062:

Maldives island residents report sighting of 'low flying jet'

Farah Ahmed and Ahmed Naif, Haveeru Online

Mar 18, 2014

Residents of the remote Maldives island of Kuda Huvadhoo in Dhaal Atoll have reported seeing a "low flying jumbo jet" on the morning of the disappearance of the Malaysia Airlines flight MH370….Eyewitnesses from the Kuda Huvadhoo concurred that the aeroplane was travelling North to South-East, towards the Southern tip of the Maldives – Addu….

Satellite data suggests that the last "ping" was recieved from the flight somwhere close to the Maldives and the US naval base on Diego Garcia…..

Dan lihat lokasi Diego Garcia – di http://en.wikipedia.org/wiki/Diego_Garcia:

Diego Garcia

…Diego Garcia lies in the Chagos Archipelago at the southernmost tip of the Chagos-Laccadive Ridge — a vast submarine range in the Indian Ocean,[2] topped by a long chain of coral reefs, atolls, and islands comprising Lakshadweep, Maldives, and the Chagos Archipelago. ….

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Tapi apa yg blh kita lakukan sekiranya ia mendarat di diego garsia pengkalan pertahanan amerika yg dikuasai oleh cia/mossad. Mereka akan menafikannya dari loran media mereka byk berdolah dalih dgn mengalih teori ke kawasan lain. Jika blh nak disabit dgn iran berdasarkan warga iran yg tidak mempunyai passport tulin.Mmg barat tidak boleh dipercayai sejak dulu lagi benek moyang mereja suka membuat onar kemudian menjajah negara yg lemah. Tak pun mereka melaga laga masyarakat sesebuah yg dah pun bergolak.

Anonymous said...

pemimpin negara nak sebut "diego garcia" pun tak berani ..... alahai ...!!!!!!!!!!!!!!

Blog Archive