Mengapa pesawat malang itu terbang ke selatan? Kalau juruterbang atau pembantu juruterbang merampas pesawat, kemudian mengarahkan pesawat itu ke suatu lokasi di mana tidak terdapatnya pendaratan pesawat, maka rampasan itu, tiada tujuan apa-apa. Merampas, mesti ada tujuan. Selepas 14 hari, tiada tuntutan seumpama itu.
Kalau pesawat mengalami keroskan teknikal, sudah tentu ada panggilan kecemasan atau mayday.
Clue yang ada, hanya pesawat berpatah balik, semasa sedang berada pada ketinggian normal, 35,000 kaki atas permukaan laut, kurang sejam selepas lepas landas, dan pada masa itu, pesawat sedang mengarah ke ruang udara Vietnam.
Salam terakhir pembantu juruterbang ke menara Subang, dengan bersahaja "All Right, Good Night" memang tiada tanda pesawat berada dalam kecemasan. Namun, 8 minit kemudian, pesawat terputus hubungan dengan menara subang (1.30 pagi), kemudian pesawat dikatakan terbang naik melepasi limit, iaitu 45,000 kaki atas permukaan laut, selepas itu turun ke paras 23,000 dan stabil pada ketinggian 35,000 kaki, kemudian pesawat terbang pada kelajuan biasa pada ketinggian normal bagi pesawat seumpama itu, 35,000 kaki atas permukaan laut.
Pilot dan co-pilot, tidak menyedari, apa yang berlaku dalam kabin pesawat, hanya selepas co-pilot memberi salam terakhir pada menara Subang jam 1.21 pagi, maka berlaku keadaan di luar dugaan. Pesawat kehilangan saluran oksigen; menyebabkan pilot cuba mengubah arah pesawat dan memasukkan arah baru ke dalam komputer navigasi, namun belumpun sempat update, pilot dan co pilot pingsan. 8 minit kehilangan saluran oksigen, adalah masa yang lama, tiada manusia boleh hidup kehilangan oksigen selama itu. Tindakan pilot dalam keadaan itu, adalah berpatah balik dan mencuba mendarat. Namun, semuanya tidak sempat dilakukan, atas sebab pilot dan co pilot knock out.
Komputer pesawat mampu mengawal keadaan pesawat, atas sebab itu jika ada radar tentera mengesan pesawat itu, pemilik radar berkenaan tidak akan penduli, atas sebab pesawat itu terbang menurut laluan pesawat komersial, lagi pun pada ketinggian biasa pesawat komersial.
Kerana komputer navigasi pesawat sudah dimasuk kod ke arah kuala lumpur, dan pesawat berada dalam keadaan auto pilot, maka pesawat meneruskan penerbangan tanpa tujuan ke arah selatan, sehinggalah kehabisan minyak dan jatuh ke lokasi 1,500 batu barat laut Perth, Australia, seperti mana imej yang berjaya ditangkap satellite Amerika.
Persoalan, mengapa oksigen tiba-tiba hilang? mengapa alat komunikasi tiba-tiba terpadam? Dikatakan bahawa tindakan itu adalah disengajakan seperti mana teori yang digunapakai, penyebab kehilangan pesawat malang itu. Jika disengajakan, sudah tentu, bukan berasal daripada kokpit pesawat, sebabnya panel yang mengawal oksigen atau transponder pesawat berada di luar kokpit. Satu-satunya cara memutuskan bekalan oksigen dan memutuskan alat komunikasi adalah mencabut fuse. Ertinya fuse dicabut, yang menyumbang kepada mala petaka kepada pesawat malang itu. Dalam kabin pesawat, terdapat seorang jurutera pesawat malang itu, mungkin kah jurutera itu, merupakan tangan ghaib kehilangan pesawat MH370 secara misteri. Sebelum ini PDRM menjalankan siasatan hubungkait kehilangan pesawat malang itu dengan jurutera itu. laporan itu disini
8 comments:
Jadi lah merapu,tunggu je pesawat tu di jumpai,longgar je aku rasa kau punya teori ni,macam nak mengalih tumpuan kepada sesuatu je.
Ntah, tiba-tiba je nak attack Jurutera pesawat? Pilot & co-pilot dah kena sblm ni, itu pasal lu attack Jurutera pulak. esok lusa ko ckp pramugara & pramugari lak..
eh, sukahati ko je buat teori bangang yg takde asas..
Pilot tu kena tipu oleh idola dia yg suruh mendarat pesawat kat diego garsia atas peracangan cia. Bila sampai tak dibenarkan mendarat sebab military base. Kemudian berpatah balik hingga kehabisan minyak dan jatuh terhempas d laut hindi atau andaman. Sumber tu ada d maklumkan oleh amerika. Tapi pasal teori dok tertumpu kat laut cina selatan maklumat tu di anggap tak penting. Ada elok d tumpu pada kedua lautan.
Tulah terlalu tadsub sgt dgn idolanya yg kaki penipu.Dah berapa ramai org kena tipu masih tak percaya lagi. Tgk saja sultan sulu kena tipu tahun lepas akibatnya ramai tenteranya mati. Ini lah bahananya nak jadi PM sgt. Lepas tu boleh perlekeh dato najib dgn macam2 isu nampak rakyat menghasut rakyat.
Musram, I am afraid you are outdated. Modern passenger planes do not carry flight Engineers on board any more because the planes are getting very sophisticated now days. That is also why many former MAS flight Engineers on the old Boeing 747 were retired or given the option to take up flying. Secondly the fuse box as you called or what we pilots called circuit breakers are in the cockpit, normally on the ceiling. So if there is any fuse or circuit breaker to be pulled, it is done by the pilots. I suggest you do more reading before coming up with a wishy washy theory like the one above.
Aku sememangnya tertarik dengan teori pesawat dikendali secara remote. Mungkin jurutera yang punya peluang nak pasang peralatan, mungkin orang lain, yang prepare flight path dalam komputer pesawat. Kalau drone boleh merayap rata di Timur Tengah, mengapa tidak boleh diusahakan.
Mungkin ini cubaan pertama untuk pesawat komersial. Tak cuba maka tak tahu.
Masa terputus hubungan tatkala di ruang udara antara FIR Malaysia dan Vietnam cukup significan untuk kita nyatakan ianya adalah satu cubaan secara sengaja dan terancang. Begitu juga dengan putusnya input demi input dari pesawat tersebut. Begitu juga dengan keupayaan pesawat tersebut menyusup antara radar2 dan akhirnya menghilang diri.
Kru dan penumpang mungkin sudah maut bila pesawat naik melebihi 45,000 kaki akibat kurang oksigen.
Adakah Amerika gagal untuk mengawal pesawat sehingga selamat mendarat di Deigo Garcia? Entahlah... Otak aku tak sampai ke situ, tetapi potensi untuk US melakukannya aku percaya ada. Lebih selamat MH370 menuju ke Deigo Garcia dari ke tempat lain di dunia ini.
Saja seronok nak buat teori untuk rungkai misteri. Bukan nak tuduh sesiapa.
Aku lebih percaya kepada teori 'bermuda triangle' , siapa cadangkan aku dah terlupa.
Bermuda Triangle telah dilupai....maka cuba menjelma semula supaya dapat juga publisiti....Teori berapa banyak kapal laut dan kapal terbang yang hilang tidak ditemui sehingga hari ini.Sain modern pun tidak dapat mengesannya.Pwminat Kisah Zaman Perang Kedua yang dilupai.
Post a Comment