Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata kekalahan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyebabkan 'kematian Pakatan Rakyat'.
Beliau berkata momentum hasil pencapaian mereka dari gabungan Pakatan Rakyat akan terhenti dan seterusnya membawa perpecahan.
"Jika kita kalah di Kajang, ia bukan saja menjadi pengakhiran kerjaya politik Anwar, ia juga pengakhiran Pakatan Rakyat (PR) seperti yang kita tahu, juga gerakan seperti ubah, reformasi untuk tahun mendatang.
"Saya jangka BN dan Umno akan menggunakan segala jenis peluru dan senjata terhadap Datuk Seri Anwar di Kajang kelak," katanya di forum 'Serampang Kajang' semalam.
Bagaimanapun beliau berkata ia hanya pendapat peribadinya sendiri dan bukan dari DAP.
Kata-kata beliau itu mendapat kritikan dari rakan panel forum itu, Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa khalayak hadiran.
Ambiga berkata PR seharusnya lebih kuat dari perkara itu kerana mempunyai lebih dari seorang pemimpin peringkat nasional selain Anwar.
Pua berkata amat sukar diterima sekiranya pengerusi Pakatan Rakyat dan calon perdana menteri pakatan di kerusi yang dimenangi majoriti selesa dalam pilihan raya umum lepas, tewas.
Beliau yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara berkata keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan pilihan raya pada 23 Mac depan menyebabkan Pakatan dan Anwar bakal menghadapi serangan penuh BN selama 55 hari sebelum tarikh pembuangan undi.
"Adakah kita akan bangkit dalam masa enam atau lapan tahun kemudian, muncul pemimpin lain untuk memimpin, ya, saya pasti. Tapi momentum akan hilang.
"Jangan pandang rendah PRK Kajang. Mereka (BN) akan guna semua isu termasuk perkauman dan agama untuk mendapat undi. Umno akan cakap benda lain kepada Melayu, MCA akan cakap kepada Cina," kata beliau.

No comments:
Post a Comment