Monday, December 23, 2013

Kenaikan Harga Tol: Satu Keperluan? atau Denda?

Pengguna Tol di negara ini, paling ramai di Wilayah Persekutuan mahupun Negeri Selangor, atau dengan kata lain, mereka yang mendiami Lembah Klang.

Rekod pada PRU-13 lalu, sebahagian besar pengundi di wilayah ini, bukanlah penyokong kerajaan Barisan Nasional.

Telah berbagai cara kerajaan BN lakukan, selepas PRU-12, namun balasan rakyat di dua wilayah tersebut, semakin menolak BN. Selangor, selepas PRU-13, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan bukan hanya menang akan tetapi dengan kuasa 2/3.

Jika dianalogkan sebagai bapa, bagaimana melakukan perhitungan kepada anak yang senantiasa ingkar, meskipun semua kebaikan diberikan? jawapannya adalah denda!!!

Kenaikan harga tol, sebenarnya adalah denda, bukannya satu keperluan.

Melihat kepada trend pengundian bermula pada PRU-12 dan kemudian diteruskan pada PRU-13, nampaknya masa yang panjang diperlukan oleh barisan nasional untuk menawan Selangor, sementara Wilayah, cukuplah dengan tiga kerusi bagi Bn, manakala yang lainnya, akan terus dikuasai pembangkang mungkin selama-lamanya.

Kenaikan harga tol, bertujuan mengurangkan bebanan kerajaan yang terpaksa ditanggung, jika tidak membenarkan kenaikan. Wang yang terselamat itu, akan diagihkan kepada rakyat luar bandar, yang memerlukan. Dan kebetulan, golongan itulah yang memenangkan Barisan Nasional pada dua PRU yang sangat kritikal.

Sebenarnya Najib, melihat bahawa membela rakyat yang menyokong lebihberbaloi berbanding membela rakyat yang tidak tahu membalas budi apatah lagi berterima kasih.

Atas sebab itu, Perdana Menteri berkata, pendekatan beliau bukanlah untuk mencari populariti, melainkan bertindak sesuai dengan keperluan rakyat yang memerlukan pembelaan kerajaan.

Bagi AYT, apapun bentuk bantuan atau pembelaan kerajaan bagi Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seperti pengundi di Parlimen Kepong misalnya, tidak akan mendapat penghargaan, kerana bagi pengundi di situ, madu yang diberikan, racun pula balasannya.

1 comment:

Anonymous said...

ini bukan "membela rakyat", ini "menzalimi rakyat" ... dia yang pau cukong-cukong untuk sponsers belanja mewah umno masa pru13, kini cukong tuntut balik melalui projek-projek mega ... untuk bayar balik cukong-cukong ... buat hutang banyak-banyak ... boros lagi ... anak bini pun ikut boros ... tipu rakyat sebab nak suruh rakyat bayarkan ... untuk tingkat kesejahteraan konon ... inflasi menghancurkan kebajikan lah, bongok...!!! ungku aziz yang ajar kita dulu di um ... mengapa tak tanya ungku aziz..???

Blog Archive