Monday, December 16, 2013

Jangan Persoal Rosmah

Datin Rosmah Di Qatar
Ramai yang terkedu, kerana tidak biasa, bahawa isteri Perdana Menteri sekarang, turut ikut dalam pengurusan negara. Pengakuan itu, dilontarkan oleh Perdana Menteri sendiri semasa Persidangan Agung Umno tahun 2013.

Sejak merdeka, rakyat terbiasa bahawa isteri para Perdana Menteri sebelumnya langsung tidak melibatkan diri dalam urusan negara. Sejak Tunku Abdul Rahman sehingga Tun Dr Mahathir, malah semasa Tun Abdullah Badawi, tidak terdengar, bahawa isteri Perdana Menteri turut melibatkan diri dengan urusan negara.

Pembaharuan sebenarnya bermula semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, apabila ahli keluarga Perdana Menteri turut terlibat dalam pengurusan negara; apabila Khairy Jamaludin yang disebut sebagai budak-budak tingkat 4 oleh mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan malah dalam Umno sendiri.

Akibat daripada meluasnya penglibatan keluarga PM dalam pengurusan negara, maka tidak sedikit rakyat yang merasa marah, sebab itu, bukan sahaja Barisan Nasional kehilangan kuasa 2/3 pada PRU-12, malah menyebabkan Tun Dr Mahathir turut keluar daripada Umno.

Kemarahan rakyat kepada Bn berterusan, sehingga PRU-13, walaupun Bn masih menguasai Putrajaya, akan tetapi dengan jumlah kerusi yang terus berkurangan.

Bn bernasib baik, kerana pengundi Sabah dan Sarawak masih setia kepada gabungan 13 parti itu, dan pengundi kaum melayu di luar bandar kembali menyokong Umno, yang mengakibatkan pertambahan kerusi daripada 79 kepada 88 kerusi parlimen.
 
PRU-13 juga, untuk pertama kali, Bn kehilangan undi popular, dan pada PRU itu juga, kita menyaksikan bahawa pengundi bandar dan spara bandar menolak Bn, kecuali Parlimen Kangar, Johor Baharu dan Putrajaya.
 
Mengingat kepada tindakan kerajaan selepas PRU-13, yang tidak popular seperti pengurangan subsidi, kenaikan tarif letrik, akan terus menghantui Bn mulai sekarang sehingga PRU-14. 
 
Sebenarnya, tindakan kerajaan ini turut menambah garam kepada luka yang parah, akibat geramnya sebahagian rakyat yang tidak suka penglibatan isteri Perdana Menteri dalam urusan negara. Malah wartawan veteran- Dato A. Kadir Jasin melalui blognya menyarankan secara "sinis" agar menteri-menteri yang tidak mampu menjalankan tugas perlu dipecat dan digantikan dengan Rosmah.

Rakyat luar bandar yang masih membela Bn, sebenarnya tidak langsung mendapat manafaat terhadap projek Rosmah seperti Permata negara, pertujukan fesyen yang bersifat "glamour". Rakyat yang mendapat manafaat itu, adalah rakyat yang sudah berkecukupan, malangnya mereka inilah yang tidak menyokong Bn.

Kata peribahasa, adalah sia-sia mencurahkan garam dilaut, sebenarnya ini yang berlaku terhadap tindakan Rosmah yang dianggap oleh Perdana Menteri sebagai turut membantu  kepada negara.

Benar, bahawa Rosmah boleh menggunakan jet kerajaan atas alasan keselamatan dan pengurusan masa, namun, tindakan itu, menyebabkan pengurangan sokongan kepada Bn berbanding pertambahan sokongan. 

Dalam sebarang pilihanraya, undi majoriti adalah penentu kepada kemenangan; atas sebab itu, Bn tidak boleh meremehkan bahawa penglibatan Rosmah dalam pengurusan negara, boleh dikatakan seperti sokong membawa rebah.

Adalah suatu yang amat malang, apabila berlaku kesepakatan antara majoriti rakyat pada PRU-14 akan datang untuk menolak Bn, sehingga rakyat yang benar-benar perlu pembelaan akan kehilangan tempat bergantung, kerana, jika Pembangkang mampu mengambil Putrajaya, pentadbbiraan mereka sudah tentunya mengamalkan sistem merit; dan pada masa itu, mereka juga akan mengamalkan sistem terpilih, di mana kawasan yang mereka menang akan diberi keutamaan. Kawasan itu, sudah tentunya kawasan bandar, yang sudah ada kelengkapan serba serbi.

Bagi Najib, keritikan terhadap isterinya, bagaikan Telan mati bapa, luah mati emak; beliau tidak akan mampu berbuat apa-apa lagi. Terserah kepada pemimpin lain, apakah faktor yang boleh merundumkan sokongan terhadap Bn dipertahankan atau perlu berbuat sesuatu. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive