WAJAR diadakan debat antara calon-calon Naib Presiden. Sebabnya, jawatan itu adalah jawatan kanan parti.
Perwakilan sudah tentu berminat mengetahui visi dan perancangan seseorang calon dalam situasi semasa berkaitan dengan parti.
Dalam debat itu, setidak-tidaknya semua calon mempunyai flat form yang sama untuk dipilih oleh perwakilan.
Menteri Besar kedah- Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga merupakan salah seorang calon bersedia menyertai debat itu.
Debat itu diperlukan memandangkan kekangan masa antara calon-calon untuk memperkenalkan diri kepada perwakilan.
Dilihat adil, jika diadakan debat.
AYT menunggu apakah jawatan kuasa pemilihan parti mengadakan acara debat itu.
No comments:
Post a Comment