BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh membidas anggapan bahawa Sabah tidak maju seperti mana diharapkan selepas merdeka 50 tahun, bukan disebabkan oleh pemimpin Kuala Lumpur, akan tetapi disebabkan oleh pemimpinnya sendiri.
Kenyataan-kenyataan bekas-bekas pemimpin Sabah seperti Dr Jeffery Kitingan, Yong Teck Lee kononnya Sabah adalah jajahan baru Kuala Lumpur, kerana tidak mengutamakan kemajuan negeri di bawah bayu itu selama 50 tahun, merupakan kenyataan yang amat nakal.
Mereka berhujah tidak disertai fakta, malah banyak menyembunyikan fakta positif keberadaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
Harris bertanya, mengapa kah baru kini mereka bersuara? Mengapakah semasa mereka ditampuk kuasa tidak berkata apa-apa? Apa kah masa itu, mereka langsung tidak mempunyai masa bercakap kerana sibuk mengira wang yang masuk dalam poket atau akaun bank?
Selepas poket kosong dan akaun bank kosong, maka baru mereka mahu bangkit, kononnya mahu menjadi hero kepada rakyat?
Untuk Yong Teck Lee, Harris berkata, kerana rakyat melihat dan telah menilai kepimpinannya yang hanya untuk diri sendiri, maka selepas keluar daripada BN, di mana kah Yong sekarang. Beliau mencuba di PRK Batu Sapi tahun 2010, kalah, malah pada PRU-13 lalu, beliau menduduki tempat ketiga daripada tiga calon di DUN Likas.
Seharusnya Yong sedar, bahawa kemenangannya melalui pilihanraya atas sebab rakyat menyokong BN, bukannya partinya SAPP dan beliau sendiri.
Kalaulah rakyat merasakan bahawa mereka dijajah? mengapa setiap PRU sejak tahun 2004 BN terus meneng? sedangkan pada masa inilah digembar gemburkan bahawa Sabah dijajah!!!.
Tahun-tahun 1985-1994, rakyat Sabah memilih PBS kononnya untuk memajukan Sabah, namun akhirnya selepas 9 tahun, bukan sahaja Sabah jadi mundur malah jatuh miskin. Tak kan lah, rakyat Sabah sendiri yang memerintah, Kuala Lumpur pula di salahkan. Ini sama ertinya, lain yang makan nangka, lain pula yang kena getah.
Bernasib baiklah, UMNO masuk Sabah pada tahun 1991, kemudian kini menjadi tunjang kerajaan negeri.
Kemiskinan yang diwarisi daripada kerajaan PBS, pada tahun 2009, kadar kemsikinan negeri adalah 19.8 peratus, dan tahun 2012, kadar miskin telah berjaya diturun kepada 8.1 peratus. Kadar kemiskinan ini berjaya diturunkan kerana kepimpinan negeri yang dinamik yang diterajui oleh Datuk Musa Aman.
Walaupun Kerajaan Negeri yang tidak mendapat suntikan modal daripada Kementerian yang diterajui Pemimpin Sabah di Peringkat Persekutuan seperti KKLW dan Kementerian Sains dan Inovasi, namun Sabah terus mengorak langkah untuk memajukan negeri.
Perbalahan sekarang yang ditimbulkan oleh para bekas pemimpin, mempunyai kait rapat dengan ekonomi. Sebenarnya, kemajuan sesuatu kawasan terletak kepada wakil rakyatnya. Sebagai contoh, wakil rakyat Tempasuk khasnya dan MP Kota Belud umumnya, telah berjaya membawa peruntukan berbilion ke Kota Belud hanya dalam spin masa 10 tahun, berbanding dengan wakil Rakyat Tambunan di mana selama 30 tahun hanya berjaya membawa peruntukan kurang daripada RM1bilion.
Apa kah kemajuan yang sedang berjalan di Kota belud merupakan satu penjajahan Kuala Lumpur? Jawabannya mudah. Perancangan wakil rakyat dan pemimpinnya yang boleh membawa kemajuan sesebuah kawasan. Namun, bagi para pemimpin yang sudah luput masanya, mereka baru tersedar, selepas tiada kuasa, kerana kelemahan mereka sendiri, maka menuduh pihak lain; sama ertinya tidak tahu berjoget menuduh lantai pula jongkang jongkit.
Yong Teck Lee dan Jeffery merupakan pemimpin utama PBS selama 9 tahun. Selama 9 tahun, mereka tidak terfikir bagaimana memajukan Sabah. Pada masa itu, mereka terlalu sibuk mangatur diri sendiri, sehingga mempunyai segala-galanya.
No comments:
Post a Comment