Saturday, October 19, 2013

Mukhriz Gagal Dapat Sokongan Perwakilan Johor

JOHOR BAHRU: Datuk Mukhriz Mahathir, yang bersaing merebut jawatan Naib Presiden Umno, gagal mendapatkan sokongan di Johor apabila hanya dua bahagian memilih beliau. 

Bahagian Tebrau memberi 397 undi kepada beliau berbanding Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (387) dan Dr Ahmad Zahid Hamidi (361). 

Di bahagian Johor Bahru, Mukhriz hanya meraih 329 undi berbanding Ahmad Zahid (470) dan Hishammuddin (333). 

Keputusan pemilihan bagi naib presiden itu diumum Ketua Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabat perhubungan itu di sini malam ini. 

Perwakilan daripada 26 bahagian Umno memberikan undi sebanyak 11,586 kepada Ahmad Zahid, yang merupakan Menteri Dalam Negeri; Hishammuddin yang merupakan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan (9,670); Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (9,192) dan Mukhriz (726). -

No comments:

Blog Archive