KENAIKAN harga rokok bercukai minggu lalu, menyebabkan permintaan terhadap rokok seludup atau tanpa cukai naik mendadak.
Seorang perokok Gary Gwee yang biasanya merokok jenama rokok kent, kini bertukar kepada jenama ERA. Menurutnya ERA boleh dibeli RM13 satu karton, berbanding harga sekotak KENT RM12.00.
Di Kota Kinabalu dan sekitarnya, malah di pedalaman, Kudat, Kota Belud, rokok seludup dijual macam rokok yang membayar cukai.
Memang kita kerap mendegar, operasi kastam saban hari dilakukan, dengan berita beribu bungkus seludup berjaya di tangkap; namun semakin banyak rokok seludup berjaya ditangkap, maka rokok jenis itu juga terus bertambah di pasaran.
Apa keterkaitan antara jumlah pengkapan dengan jumlah rokok seludup yang beredar di pasaran?
Rokok seludup memang merugikan pengilang yang sah, namun malang sekali kerana turut merugikan negara daripada segi kutipan cukai.
Kini, ada ura-ura Jabatan Kastam mencadangkan, bahawa penjara mandatori dikenakan kepada penyeludup. Jika undang-undang itu dikuat kuasakan, boleh kah mencegah penyuludupan?
Meningat, ada hubungan antara jumlah tangkapan dengan jumlah rokok seumpama itu beredar di pasaran.
No comments:
Post a Comment