Presiden LDP, Datuk VKLiew bertindak dini selepas mencium keberadaan 'ikan-ikan" busuk dalam kepimpinan parti itu.
Bermula pada 27 Ogos, sehingga Mesyuarat ke-26 Majlis Tertinggi parti itu semalam, selama dua minggu, beliau disibukan dengan membersihkan parti itu daripada ikan-ikan busuk dan hanyir dalam parti.
Kini, selepas penyusunan semula kepimpinan parti, termasuk melantik Timbalan Presiden yang baru, nampaknya parti itu kembali pulih daripada kacau bilau yang cuba dilakukan oleh para pemimpin yang diketogirikan sebagai "ikan-ikan" busuk.
Sebenarnya, keberadaan "ikan-ikan" busuk itu, telah lama beliau ketahui, kepintaran mereka yang terlibat menyembunyikan "bau" mereka dengan menggunakan berbagai jenama minyak wangi berjenama seperti dunhill. polo dan sebagainya, sehingga menyukarkan pengecaman terhadap kehadiran mereka.
Demi membuka tirai dan gelanggang, Presiden Parti itu, bercuti selama 10 hari awal ogos lalu. Benar juga, apa yang beliau sangka selama ini, benar-benar berlaku. Belumpun beliau sampai ke destinasi, "ikan-ikan" busuk itu telah menampakan siapa-siapa mereka.
"Bagi, saya, siapa-siapapun layak bertanding dalam pemilihan parti, namun merekalah (yang mahu bertanding itu) yang mengusulkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi ke-25, bahawa Jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan, dan usul itu diterima dan menjadi ketetapan Majlis Tertinggi". " Juga, selepas PRU-13, saya berbincang dengan Datuk Teo (Datuk Teo Chee Kang) dan Datuk Chin (Datuk Chin Su Phin); dan saya menyarankan, agar beliau (Teo) bersiap sedia mengambil alih jawatan Persiden, namun Teo dengan tangkas menolak cadangan itu, sambil berkata, bahawa beliau lebih selesa dengan tugasnya sebagai Setiausaha Agung Parti, sambil menambah, tugas sebagai seorang Presiden sangatlah berat", Kata-kata Teo yang saya masih ingat "Biar lah Datuk meneruskan khidmat sebagai Presiden, saya memerlukan masa, untuk mengambil alih jawatan Presiden".
"Pada Mesyuarat MT ke-25 pada 9 Jun, Teo juga antara yang mencadangkan agar Jawatan Persiden dan Timbalan tidak dipertandingkan untuk memerlihara kerharmonian dalam parti".
"Pada 12 Ogos, semasa saya mahu berangkat untuk bercuti, Teo masih bersama saya dan beliau masih menghantar saya ke Lapangan Terbang", dalam hati saya " semoga sandiwara yang samar-samar itu sebenarnya hanya khabar-khabar angin, dan saya berdoa, semoga semuanya tidak betul".
Namun, namanya juga 'ikan-ikan busuk" luntur pewangi, maka terciumlah kebusukannya. Sebagai Presiden sebuah parti, perkara utama adalah menghormati Perlembagaan Parti. Sebab tanpa perlembagaan, maka sebuah parti itu, seharusnya tidak wujud.
Sekembali daripada bercuti, saya terpaksa mengambil tindakan drastik terhadap 'ikan-ikan busuk ini" kerana usaha saya untuk berbincang dengan mereka tidakpun mendapat maklum balas. Tindakan pertama saya, adalah perlu melucutkan jawatan Datuk Teo chee Kang, kerana sebagai Setiausaha Agung, beliaulah yang perlu memerlihara dan meneggakan Perlembagaan parti. Namun sebaliknya berlaku, beliaulah yang melanggar Perlembagaan Parti.
Dalam Perlembagaan Parti, salah satunya yang perlu ditegakkan dan dipertahankan adalah Keputusan Majlis Tertinggi, Keputusan Mesyuarat Agung dan Keputusan Majlis Presiden. Atas sebab itu, dalam Perlembagaan Parti dengan jelas dinyatakan, bahawa sesiapa sahaja (termasuk Presiden) yang melanggar tiga ketetepan yang diputuskan oleh tiga badan itu, perlu diambil tindakan termasuk dilucutkan, digantung atau dihentikan sebagai pemimpin atau ahli parti.
Sebagai pengamal undang-undang " Saya bertindak sesuai dengan kehendak Perlembagaan Parti" kalaulah "saya tidak lakukan, "seolah-olah saya memberi ruang untuk memperlekeh Perlembagaan parti”.
Oleh kerana memerlihara Perlembagaan Parti, maka selaku Presiden Parti, “saya memanggil Mesyuarat Majlis Presiden pada 31 Ogos lalu” pada Mesyuarat itu “secara panjang lebar, saya terangkan, jelaskan kepada Majlis Presiden kronologi yang telah berlaku dalam parti “ berikutan itu dalam mesyuarat itu “ Majlis Presiden bersetuju agar Timbalan Presiden digantung daripada jawatannya dengan serta merta, demi memerlihara keharmonian dalam parti”.
Dalam Perlembagaan Parti dengan jelas dinyatakan bahawa Keputusan Majlis Tertinggi dan atau Keputusan Majlis Presiden dan atau Mesyuarat Agung, tidak boleh dipertikai, termasuk di mana-mana mahkamah. Sesiapa ahli atau “pemimpin” yang bertindak mengheret perkara parti yang berhubungan dengan Keputusan Majlis Tertinggi, Majlis Presiden dan Mesyuarat Agung Parti, hanya menyalahgunakan proses Mahkamah.
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti ke-26 yang diadakan pada 8 September, telah memutuskan melucutkan, memberhentikan, menggantung seramai 29 pemimpin termasuk juga beberapa Ahli Majlis tertinggi yang termasuk dalam “ikan-ikan busuk” dalam parti. Mesyuarat MT itu juga, telah melantik pemimpin baru, termasuk Jawatan Timbalan Presiden, Pegawai Penerangan dan Setiausaha Penganjur Parti.
Adalah diharapkan, selepas pembersihan besar-besaran dalam parti, semoga parti dapat berjalan dengan baiknya, dan seterusnya menegakan perjuangan Parti sesuai dengan matalamatnya dan sealiran dengan semanagat Barisan Nasional di bawah Kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional di Peringkat Pusat- Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Kepimpinan Barisan Nasional Nasional di Peringkat Negeri yang diterajui- Datuk Musa Aman, yang juga Ketua Menteri Sabah.
Catatan di atas adalah harapan Presiden LDP- Datuk VKLiew.
No comments:
Post a Comment