PROSES penamaan calon pemilihan parti sudahpun selesai. Tempoh menarik diri atau meneruskan pencalonan akan berakhir beberapa jam lagi.
Jika tidak berlaku penarikan diri, jumlah calon yang berentap bagi kedudukan Naib Presiden adalah enam. Mereka adalah tiga penyandang- Datuk Zahid Hamidi, Datuk Hishamuddin Tun Hussin dan Datuk Shafie Apdal. Manakala calon baru adalah Datuk Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Di antara enam calon itu, Mukhriz adalah calon paling akhir menyatakan kesediaannya merebut kedudukan Naib Presiden.
Setiap pemilihan parti, selain kedudukan Presiden dan Timbalan, jawatan yang mendapat perhatian adalah kedudukan Naib Presiden.
Sejarah parti, menunjukkan, setiap bakal Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, perlu melalui kedudukan Naib Presiden Parti.
Dilihat kepada mereka yang bertembung bagi kedudukan Naib, masing-masing mempunyai kekuatan sendiri di kaca mata ahli parti. Ertinya peluang antara satu sama lain adalah seimbang. Namun disudut, perhatian perwakilan, mereka perlu memilih hanya tiga orang, kerana memang jumlah naib hanya sejumlah itu.
Kalaulah perwakilan melihat kepada kedudukan masing-masing calon, semua calon mempunyai kedudukan, namun, sejauh mana kedudukan calon-calon itu menggamit sokongan, adalah sukar untuk diterjemahkan.
Daripada sudut transformasi parti ke arah peremajaan parti, sudah tentu, calon-calon muda, mempunyai keunggulan dan kelebihan, dan daripada enam calon itu, yang termuda adalah Mukhriz, diikuti Hishamuddin dan kemudian Shafie.
Namun, jika berasaskan kepada presepsi semasa dan harapan akar umbi, nampaknya usia bukan penghalang kepada calon-calon yang bertanding untuk dipilih. Di lihat daripada tinjaun maya dan harapan akar umbi, tiga calon yang bakal terpilih bagi kedudukan nombor tiga parti adalah Mukhriz-Zahid-Shafie.
Bakal tidak terpilihnya tiga calon lain, bukan bermakna, mereka bukan pemimpin yang boleh dihandalkan, namun berasaskan situasi dan kondisi serta keperluan parti untuk masa depan, terutama berdepan dengan PRU-14, gandingan Mukhriz-Zahid-Shafie adalah lebih menyengat dan membawa impak besar kepada kemajuan parti.
Pemilihan Mukhriz-Zahid-Shafie bagi kerusi nombor tiga parti, melengkapkan taburan kepimpinan utama dalam parti, Jika Presiden mewakil Pantai Timur, Timbalannya mewakili Selatan, Mukhriz mewakili utara, Zahid mewakili Tengah dan Shafie mewakili Malaysia Timur.
Walaupun apapun, tulisan ini hanya berasaskan tinjauan dan cerita sebahagian akar umbi, hakekatnya, siapa yang bakal menduduki kerusi-kerusi naib akan ditentukan oleh 150,000 perwakilan pada 19 Oktober ini.
No comments:
Post a Comment