HARAP-HARAP melalui pemilihan parti kali ini, perwakilan mampu mengetengahkan pemimpin yang benar-benar tulen, sesuai dengan perjuangan asal parti-memertabatkan bangsa.
Namun, apa yang dikhuatiri dalam pemilihan parti kali ini, meskipun melibatkan lebih ramai perwakilan, iaitu hampir 150,000 namun, perlaksanaanya yang berasas electoral collage, di mana penentu kemenangan, hampir serupa dengan sistem kuota pencalonan; hanya bezanya pada kali ini, pemilihan dilakukan secara serentak. Ertinya, saling pengaruh mempengerauhi antara bahagian dengan bahagian yang lain tidak berlaku.
Penentu kemenangan seseorang calon, pada sistem kali ini, tentunya ditentukan oleh bahagian; ertinya pemimpin bahagian sekurang-kurangnya mempunyai pesanan kepada perwakilan sebelum melakukan undian.
Para calon yang mempunyai jalinan yang ramai dengan bahagian-bahagian sudah tentunya mempunyai advantage pada pemilihan kali ini, ertinya semakin banyak jalinan itu, maka peluang seseorang calon itu semakin cerah.
Harap-harap pada pemilihan kali ini, pesanan itu menjurus kepada kebaikan parti, agar supaya proses transformasi dalam parti berlangsung dengan mulus dan teratur.
Sebaik-baiknya pada pemilihan pada kali ini, barisan kepimpin parti akan membariskan kombinasi antara yang lama (berpengalaman) dengan yang muda yang bertenaga, berwibawa, berintegrasi dan bebas daripada skandal.
Para pemimpin Muda seperti Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi kerusi Naib Presiden diperlukan oleh parti bagi proses menggarap generasi muda terutama bagi berdepan dengan PRU-14 akan datang.
Bagi barisan ke tiga parti- pemimpin seperti Dato' Abdul Rahman Dahalan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Nur Jazlan Mohammad, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Razali Ibrahim, Datuk Idros Harun perlu disokong membarisi Ahli Majlis Tertinggi parti.
Bagi sayap Pegerakan Pemuda, mengekalkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, merupakan kemestian oleh perwakilan pemuda; manakala pada sayap wanita- pemimpin seperti Datuk Maznah Mazlan dan Datuk Suraya Yakub perlu diberi tempat.
Para pemimpin yang disebutkan boleh dikatakan bebas skandal, berdidikasi, berkalibar dan mereka-mereka mempunyai intelejen yang diperlukan parti bagi mencorak masa depan parti keramat melayu itu.
Para pemimpin yang disebutkan mempunyai kemampuan untuk berdepan dengan para pemimpin pakatan rakyat seperti Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Anthony loke, Tony phua, dan Lim Guan Eng serta Teo Nie ching pada PRU-14 akan datang.
Khusus untuk Umno Sabah, pemimpin seperti Rahman dan Tawfiq adalah harapan parti tunjang BN Sabah itu bergandingan dengan pemimpin negeri seperti Datuk salleh Tun Said pada masa akan datang.
Pendedahan mereka di barisan ke tiga parti seperti yang dialami Timbalan Pengerusi Umno Sabah- Salleh Tun Said di mana selama dua penggal sebagai ahli MT, merupakan satu aset kepada Umno Sabah.
Kepada perwakilan Umno seluruh negara, memilih calon AMT daripada Sabah adalah untuk kelangsungan parti itu agar Sabah akan terus kekal sebagai simpanan tetap BN.
No comments:
Post a Comment