FORMAT pemilihan Umno yang baru, bertujuan untuk mengwujudkan demokrasi yang seluas-luasnya dalam parti; namun ianya juga akan menjadi pengekang kepada mereka yang mempunyai niat untuk bertanding.
Format baru memperlukan seseorang itu untuk mendaftar sebagai bukti ketersediaan untuk menyertai gelanggang pertandingan. Format itu boleh juga menjadi pemangkin untuk bertanding boleh juga menjadi pengekang.
Kata orang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, mungkin menghantui para pemimpin yang mempunyai hasrat untuk bertanding.
Bebeza dengan kaedah lama, di mana seseorang pemimpin itu tidak perlu menyatakan hasrat untuk bertanding, kerana permintaan bertanding datangnya daripada cawangan dan seterusnnya bahagian. Selepas syarat pertandingan dipenuhi, barulah seseorang itu diminta pengesahannya apakah menerima pencalonan atau sebaliknya.
Melalui format baru pemilihan parti, bukan sahaja pemimpin lain yang berminat wajib mendaftar, akan tetapi Penyandang Jawatan presiden itu Datuk Seri Najib Tun Razak perlu juga mendaftar pada 7 september ini, samada mahu mempertahankan jawatan Presiden.
Pendek kata, sehari selepas 7 September, kita akan mengetahui nama-nama pemimpin yang berhasrat bertanding baik jawatan-jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) mahupun Ketua Bahagian.
Pemilihan AMT dan Ketua Bahagian serta AJK Bahagian akan berlangsung serentak pada 5 Oktober depan. Pada pemilihan itu, akan melibatkan 150,000 perwakilan bagi 191 Bahagian di seluruh negara, kecuali Sarawak, di mana Umno belum mengembangkan sayapnya.
Melihat kepada format baru ini, kemungkinan berlakunya pertandingan jawatan tertinggi parti tidak akan berlaku, kerana pada situasi sekarang tiada lagi pemimpin seperti Sulaiman Palestin mahupun Harun Idris. Pemimpin sekarang adalah mereka-mereka yang gemar mempertahankan "status quo"; untuk itu adalah tidak menghairankan selepas 5 oktober, Najib dan Muhiyiddin akan diistiharkan sebagai Presiden dan Timbalan Presdien.
Jawatan Naib Presiden
Penyandang kepada jawatan itu adalah Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussein dan Safie Apdal. Ketiga-ketiganya telahpun memutuskan mempertahankan jawatan.
Kalau melihat pemimpin yang mempunyai potensi mencabar kedudukan mereka, mungkin datangnya daripada Ali Rustam. Meskipun mantan Ketua Menteri melaka itu mempunyai potensi, namun kekalahannya pada PRU-13 lalu, mencercat peluangnya.
Nama-nama lain yang mempunyai potensi mencabar kedudukan naib-naib presiden itu, Mustapha Mohamad, Noh Omar, Musa Aman dan pemimpin yang tidak boleh diambil mudah adalah Salleh Tun Said daripada Sabah.
Ketua Pemuda
Khairy Jamaluddin, mungkin menang tanpa tanding jika beliau mahu mempertahankan jawatan itu. Meskipun ada desas desus wujudnya pencabar bagi jawatan itu, namun ianya mungkin tidak berlaku.
Ketua Wanita
Untuk sementara hanya dua pemimpin yang menyatakan hasrat bertanding bagi jawatan itu. Shahrizat Jalil telah awal-awal menyatakan mempertahankan jawatan; manakala mantan Ketua Puteri- Azalina Othman Said telah menyuarakan kesediaanya merebut jawatan itu.
Melihat kepada senario politik semasa dalam parti, nampaknya; keadaan pertandingan akan meriah di peringkat AMT dan Naib Presiden, sama seperti pemilihan-pemilihan yang lalu-lalu.
Format pemilihan parti yang baru, nampaknya hanya meriah daripada segi penyertaan perwakilan, namun bukan bagi pemimpin yang bertanding. Gelanggang Luas- tapi tanpa pemain.
No comments:
Post a Comment