MARANG, TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata, perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain perlu dibuat ketika ini.
“Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu).
“Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala,” katanya.
Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut menyifatkan cerita Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din keluar parti sebagai khabar angin dan menegaskan, veteran Pas itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada PRU13 ini.
1 comment:
Kalau dah dapat petunjuk kenalah jujur dan ikhlas walaupun pahit nak telan....
Post a Comment