Monday, April 08, 2013

Manifesto BN berasaskan keinginan Rakyat: Najib

Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentang Sabtu lepas telah dirangka dengan teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha bagi mendapatkan maklum balas daripada segenap lapisan rakyat di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Perdana Menteri menerusi blog 1Malaysia berkata manifesto itu bukanlah satumanifesto yang direka dalam masa sehari hanya untuk memenangi hati pengundidalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Malah saya sendiri telah mengamalkan aktiviti turun padang untuk lebihmemahami segala isu dan keutamaan rakyat daripada semua peringkat umur,pendapatan, tempat tinggal, bangsa dan agama.

"Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini," katanya.

Dalam pada itu, Najib menegaskan bahawa asas kepada manifesto yang disifatkan sebagai Aku Janji kami kepada rakyat itu adalah kestabilan serta keharmonian negara yang berpanjangan.

Katanya segala kejadian, pengalaman, kesilapan, dan kejayaan yang laludiambil iktibar dan dijadikan pedoman dalam meneruskan amanah yang akandijunjung serta dilunaskan dengan sebaiknya.

Beliau berkata kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang sehingga hari inijelas membuktikan kebolehan dan prestasi BN dalam menunaikan janji kepada rakyatsebelum ini.

"Pastinya ada ketidaksempurnaan selama ini, saya akui dan memohon maaf, namun ia menguatkan lagi keinginan kami untuk memperbaikinya demi masa depanMalaysia. Kali ini, kami usulkan 17 bidang utama sebagai janji dan komitmen kamiseterusnya," katanya.

Oleh itu, Najib dengan rasa rendah diri menyeru rakyat agar yakin dengankepimpinan beliau dengan memberi sokongan dan undi kepada pasukan beliau iaituBN dan berjanji akan meneruskan perjuangan dengan memberi harapan kepada rakyatuntuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan makmur.

Beliau turut mengalu-alukan rakyat untuk mendapatkan ringkasan mengenai 17intipati Manifesto BN yang diumumkan beliau di hadapan lebih puluhan ribu anggota dan penyokong BN di Stadium Putra Bukit Jalil dua hari lepas.

Katanya ringkasan intipati itu boleh didapati di laman blog beliau iaituwww.1malaysia.com.my/manifesto/ manakala teks penuh manifesto boleh dibaca diwww.manifestopru13.com.

No comments:

Blog Archive