Sultan Jamalul Kiram (Baju Hijau) |
Saya tidak mengenali Jamalul Kiram sebelum ini. Tapi sejak insiden pencerobohan “lanun-lanun” dari Filipina baru-baru ini, barulah saya tahu siapa Jamalul Kiram sebenarnya. Baik saya namakannya sebagai “Kiram” saja…
Kiram adalah waris pertama kesultanan Sulu. Tapi, bukan keluarga Kiram saja memegang status waris pertama. Ia turut dikongsi bersama keluarga Shakiraullah. Bezanya, Kiram pakai lambang keris dan Shakiraullah memakai lambang parang Sulu lebar.
Kiram menerima wang berjumlah USD5,000 setahun dari Kerajaan Malaysia sebagai “cession” atau simbolik “penyerahan” Sabah kepada negara ini sejak zaman British North Borneo Company. Dari itu, jelaslah Sabah diserahkan kepada pihak kerajaan Malaysia. Sabah tidak disewa!
Dalam insiden ini, Kiram menghantar anaknya, Agbimuddin, untuk menyerang dan menakluk kembali Sabah dari kedaulatan negara kita. Kononnya, dia lebih mementingkan maruah dari nyawa anak dan pengikut-pengikutnya.
Dari itu, Kiram menjelaskan bahawa anak dan pengikut-pengikutnya itu akan berjuang hingga mati atau ditangkap pihak berkuasa Malaysia. Mereka yang hanya seramai 224 orang tidak akan berganjak dari bumi Sabah?
Persoalannya, tidak malukah Kiram bersikap begitu? Dia terima duit setiap tahun dari Kerajaan Malaysia, tapi sekarang dia bermati-matian mahu Sabah dikembalikan padanya. Kenapa dia terima duit itu berpuluh-puluh tahun dan tak pernah timbulkan soal ini sebelum dapat duit dulu?
Rendah betul maruah Kiram dan keturunannya. Dia sanggup serahkan Sabah dan kawasan kekuasaan kesultanan Sulu pada British dulu kerana wang. Dan kini setelah kenyang makan duit itu dia buat muka tak malu nak berperang menuntut Sabah kembali?
Satu lagi persoalan yang penting, mengapa baru sekarang Kiram cuba mencetus kekacauan di Sabah? Kenapa tidak sebelum ini? Ada sesiapa yang “cucuk” Kiram, kah? Ada sesiapa yang datang “mengajar” Kiram, kah?
Sebagaimana maklum, Kiram tak pernah pun bersuara tentang tuntutannya terhadap Sabah sebelum ini. Tapi siapa pula yang mendorong Kiram sehingga sanggup datang membunuh di Malaysia?
Kita diberitahu oleh media Filipina, Manila Post bahawa seorang pegawai tentera Filipina memberitahu media Reuters tentang seorang pemimpin pembangkang dari Sabah yang sangat rapat dengan Anwar telah bertemu dengan Kiram.
Katanya, Kiram dan pemimpin pembangkang itu membincangkan tentang isu-isu tanah di Sabah. Kebetulan pula, Anwar dilaporkan oleh media di negara itu telah mencadangkan agar Sabah ditawarkan kuasa autonomi sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13 nanti.
Persoalan timbul di kalangan pemerhati politik rantau ini apakah segala pertumpahan darah yang berlaku di Sabah itu adalah gara-gara “umpan” politik Anwar untuk menjadi Perdana Menteri?
Sekiranya perkara ini berlaku, apakah rakyat Sabah merelakan negeri mereka diperintah oleh pembunuh tidak bermaruah yang menjual mereka sewenang-wenangnya pada puluhan tahun dulu?
Dan apakah rakyat negara ini senang hati melihat Malaysia kehilangan Sabah sebagai salah sebuah negeri yang membentuk negara ini? Mahukah bernaung di bawah kekuasaan purba Sulu? Atau Sabah lebih selesa bersama Malaysia?
Melihat apa yang berlaku di Semporna di mana seorang penceroboh maut dikerjakan sekumpulan rakyat Sabah, rasanya sikap patriotik rakyat di negeri di bawah bayu itu sememangnya utuh demi Malaysia. Mereka tidak rela diperintah pembunuh, bukan?
Lagipun jika dikira dari laporan media, hanya Anwar Ibrahim dan Kiram saja yang suka jika Sabah dikeluarkan dari Malaysia. Sekali lagi saya bertanya, siapakah dalang di sebalik pertumpahan darah yang tidak berdosa di Sabah itu? Jangan gatal nak tuduh UMNO sudahlah..kan? SUMBER DISINI
No comments:
Post a Comment