SETAKAT INI jam 5.35 petang belum ada maklumat yang diterima berkaitan sidang akhbar pihak polis. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang telahpun berada di Sabah akan memberikan taklmiat berkaitan perkembangan di Kg Tanduo Lahad Datu.
SEBENTAR LAGI pihak polis akan mengadakan sidang akhbar untuk memberi makluman berkaitan kejadian pertempuran antara pasukan keselamatan negara yang dianggotai pasukan PGA, Komando 69, tentera dan marin dengan penceroboh.

Tengah hari tadi dua orang anggota komando negara terkorban akibat terkena bedilan mortar. Dua anggota itu dikenal pasti sebagai Insp Zulkefli Mamat dan SJN Sabarudin.
Kejadian pertempuran pagi tadi diberitakan mengorbankan 10 anggota penceroboh.
Lahad Datu kini dikuatkuasakan perintah berkurung untuk mengelak kejadian pertempuran itu merebak.
Laporan terkini, 10 anggota militan penceroboh telah menyerah diri kepada pasukan keselamatan negara.
Setakat ini, hanya 12 kematian diketahui.
No comments:
Post a Comment