Datuk Safie Apdal melihat Mayat Penceroboh yang dibunuh Penduduk Kampung Senallang Semporna (foto ikhsan Terengganutoday.com) |
Pasukan keselamatan seramai 25 orang bertolak ke Pulau Simunul berdekatan Pekan Semporna semalam untuk menyiasat laporan terdapatnya penceroboh bersenjata di kawasan kg Sri Jaya. Sesampainya pasukan keselamatan di kampung tersebut, mereka diserang hendap oleh sekumpulan penceroboh, menyebabkan lima anggota maut dan seorang cedera parah, bagaimanapun kemudiannya disahkan tidak dapat diselamatkan.
Operasi Kg Sri Jaya Simunul Semporna diistiharkan berakhir oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar awal malam ini. Dalam operasi itu, pihak keselamatan berjaya menyelamat 19 anggota polis apabila berjaya membunuh 6 penceroboh yang bersenjata.
Nampaknya kehilangan nyawa pasukan keselamatan bukannya dalam pertempuran, sebaliknya taktik kotor yang digunakan oleh pihak penceroboh.
Di Kg Tanduo Lahad Datu pada Jumaat, kematian dua anggota komando 69 juga kerana taktik kotor, apabila pihak penceroboh yang berlindung di rumah Ahmad Malandi mengibarkan bendera putih tanda menyerah; namun apabila pasukan Komando yang diketuai oleh DSP Zulkefli Mamat menghampirinya, mereka ditembak dengan mortar menyebabkan beliau terkorban bersama Kopral Sabarudin Daud dan mencederakan tiga anggota yang lain.
Kini, menurut perisikan tentera, penceroboh mempunyai kemahiran berperang secara gerilia dan berkemahiran berperang dalam hutan. Untuk itu, tindakan menangkap atau meminta penceroboh menyerah diri agaknya tidak relevan lagi. Option yang ada adalah Tembak mati.
No comments:
Post a Comment